PUTRAJAYA : Kerajaan merancang untuk menganjurkan persidangan utama ekonomi Islam yang menjangkau amalan tradisional dalam beberapa bulan akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, asas-asas perundangan Islam tidak boleh diabaikan tetapi pada masa yang sama, wacana ekonomi Islam tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek perbankan dan kewangan tertentu sahaja.
"Jadi saya minta mereka (bank-bank Islam) berbincang tentang perkara tersebut kerana dalam beberapa bulan akan datang, mungkin hujung Mei ini, Insya-ALLAH kita berhasrat untuk mengadakan persidangan utama ekonomi Islam,” katanya semasa merasmikan Kuliah Madani, di sini pada Jumaat.
Anwar berkata, semasa memperkenalkan falsafah Madani kepada negara, beliau mengambil kira teras Maqasid Syariah kerana matlamat, niat dan objektif adalah berkaitan dan ia merangkumi semua.
Perdana Menteri berkata, semasa Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (CIEF) yang diadakan baru-baru ini, beliau menggesa institusi kewangan Islam agar bukan hanya semata-mata memperkenalkan instrumen Islam sahaja tetapi juga melihat isu teras yang mempengaruhi masyarakat Islam, termasuk kemiskinan tegar, ketidaksamaan, penyertaan wanita dalam ekonomi, perubahan iklim, peralihan tenaga dan transformasi digital.
"Bagaimana wacana bank-bank Islam boleh mengabaikan isu transformasi digital, atau peralihan tenaga, atau keperluan untuk menghasilkan lebih banyak lagi dari segi keterjaminan makanan?" tanya beliau.
Maqasid al-Shariah ialah istilah yang merujuk kepada pemeliharaan keamanan, pencapaian kemaslahatan dan pencegahan kemudaratan atau kerosakan, dan penetapan persamaan dalam kalangan manusia bagi memastikan undang-undang dihormati, dipatuhi dan berkesan serta membolehkan ummah menjadi perkasa, dihormati dan berkeyakinan.
Sementara itu, syarahan Madani disampaikan oleh Prof Jasser Auda, yang merupakan seorang ulama Islam dengan sumbangan terbarunya ialah Metodologi Maqasid Baharu yang bertujuan untuk melaksanakan penstrukturan semula keilmuan Islam dalam rangkaian objektif tinggi yang lebih kompleks.
Beliau merupakan presiden Maqasid Institute Global, badan pemikir yang berdaftar dan menjalankan projek penyelidikan dan pendidikan di beberapa negara.
Jasser berkongsi pandangannya tentang metodologi Maqasid dan mengulas mengenai rangka kerja Madani.
- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Anwar berkata, asas-asas perundangan Islam tidak boleh diabaikan tetapi pada masa yang sama, wacana ekonomi Islam tidak seharusnya hanya tertumpu kepada subjek perbankan dan kewangan tertentu sahaja. - Gambar Bernama

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

YaPEIM di landasan baik bangunkan semula reputasi
Proses pemulihan dan penjajaran semula terhadap urusan pentadbiran telah dilakukan LPA sejak diamanahkan oleh kerajaan enam bulan yang lepas.