KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka dasar padi dan beras melibatkan lima kementerian dengan mengambil kira kepentingan para petani, pengilang, pengedar serta peruncit di negara ini.
Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkannya.
"Sebelum umum, kementerian perlu bincang dengan semua pemegang taruh. Dengan dasar baharu ini, kita harap, dan yang paling perlu dibela adalah para penanam padi.
"Kemudian, bagaimana peruncit boleh menjual dan mendapat keuntungan, pengilang tidak sampai menanggung kerugian dan terpaksa menutup perusahaan, dan pengguna, yang terdiri daripada pelbagai kategori," katanya ketika ditemu bual Awani Pagi hari ini.
Mohamad berkata, penyelarasan perlu dilakukan kerana ketika ini, contohnya, pekerja-pekerja asing yang berada di Malaysia juga menikmati beras yang disubsidi kerajaan.
"Jadi, kita hendak buat satu penyelarasan, yang mana pengumuman baru kita nanti melibatkan semua pihak, perbincangan yang lebih panjang dan kita harap semua pihak mengambil bahagian.
"Sebab, soal sekuriti makanan ini bukan soal kepentingan mana-mana parti politik, negeri dan kaum," tambahnya.
Dalam pada itu, Mohamad juga yakin ketersediaan teknologi canggih di negara ini dapat membantu kementerian meningkatkan pengeluaran serta kualiti beras di tahap terbaik.
Untuk rancangan jangka panjang, katanya, beberapa negeri telah tampil bekerjasama menyediakan tapak sawah padi yang lebih luas termasuk di Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak.
"Negara tidak boleh bergantung kepada beras import. Pengeluaran kita 62 peratus, bolehkah kita capai sehingga 100 peratus, atau sekurang-kurangnya hampir ke SSL (tahap sara diri)? Saya cakap, boleh.
"Iaitu dengan meningkatkan teknologinya, pembinaan, penjagaannya dan berbagai teknologi yang berpusu-pusu datang ke kementerian memberi pelbagai pandangan.
"Kita juga buka tapak sawah baru. Setakat ini, Alhamdulillah, dapat kerjasama semua negeri," tambahnya.
Faida Rahim
Wed Mar 20 2024

Mohamad yakin dengan ketersediaan teknologi canggih di negara ini, ia dapat membantu kementerian meningkatkan pengeluaran serta kualiti beras pada tahap terbaik. - Astro AWANI

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Kilang karpet terbakar: JAS pasang alat ukur kualiti udara di Nilai 3
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat keselamatan produk Gummy bentuk mata
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung keselamatan produk gula-gula gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kepada kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Amanah boleh menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16 - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Malaysia perlu pastikan ASEAN tegakkan prinsip keadilan dan hak asasi - Mohamad Sabu
Malaysia perlu memastikan supaya ASEAN kekal teguh dalam mempertahankan hak asasi manusia dan memajukan kesejahteraan serantau.

Letak jawatan kalau PM suruh - Mat Sabu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hanipa Midin menggesa Mohamad meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan anti rasuah pada Sabtu.

Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.

Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.

Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.

Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.