Peguam keluarga Shaariibuu, Sangeet Kaur Deo berkata, Pesuruhjaya Kehakiman M Sumathi memerintahkan kedua-dua pihak berkenaan melunaskan bayaran dalam tempoh 30 hari.
Menurutnya, pembayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Karpal Singh & Co sehingga rayuan dilupuskan.
Altantuya yang dilaporkan berperanan sebagai penterjemah dalam proses rundingan penjualan kapal selam oleh sebuah syarikat pembekal senjata dari Perancis, DNS, kepada kerajaan Malaysia, dibunuh oleh dua pengawal peribadi Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, pada 18 Oktober 2006.
Berikutan itu, dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), iaitu Koperal Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah ditangkap sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh Altantuya pada November 2006. - Sinar Harian
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)