KOTA KINABALU:Kerajaan sedang berbincang dengan negara-negara jiran seperti Filipina dan Indonesia berhubung warga mereka yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah.
Pengarah Keselamatan Negeri Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata sejak bermula fasa kedua pandemik COVID-19 negara terbabit telah menutup sempadan bagi penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini.
"Kita telah berjaya membuat rundingan pada bulan Jun lalu untuk mereka menerima warga asing ini. Untuk warga Filipina kita berjaya menghantar pulang hampir 3,000 dan Indonesia pula kita berjaya menghantar lebih 1,500 tahanan.
"Tetapi apabila gelombang kedua pandemik bermula mereka telah menutup semula sempadan," katanya dalam sidang media di PTS Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.
Tambahnya, rundingan terbaharu bersama kedua-dua negara masih lagi berlangsung untuk mereka menerima warga mereka yang disahkan negatif COVID-19.
"Walau bagaimanapun kita masih lagi mengadakan rundingan agar negara-negara ini menerima warga mereka yang bebas COVID-19 untuk kita mengurangkan jumlah tahanan kita.
"Secara keseluruhan terdapat seramai 5,238 tahanan di tiga PTS yang terdiri dari Filipina 86 peratus, Indonesia 12 peratus dan lain-lain adalah dari negara seperti Vietnam, China dan Pakistan," katanya.
Sehingga Rabu terdapat 510 tahanan disahkan positif COVID-19 melibatkan tahanan di PTS Kota Kinabalu dan Tawau.
Sh Sitti Saleha turut memaklumkan terdapat 10 anggota keselamatan PTS sedang menjalani kuarantin di rumah dan kesemua anggota yang bertugas di dalam PTS disediakan foldable camping bed.
Kecuali PTS Papar, kedua-dua PTS terbabit kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula 3 November 2020 sehingga 16 November 2020.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Nov 04 2020
![Kerajaan runding hantar pulang pendatang asing tanpa izin bebas COVID-19 Kerajaan runding hantar pulang pendatang asing tanpa izin bebas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604469222_PATIpolis.jpg)
Rundingan terbaharu bersama kedua-dua negara masih lagi berlangsung untuk mereka menerima warga mereka yang disahkan negatif COVID-19. - Foto Astro AWANI/Syah Hairizal Kamalul Ariffin
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
![Lima tumpuan utama kenyataan media KKM hari ini Lima tumpuan utama kenyataan media KKM hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605699550_NoorHishamAbdullah.jpg)
Lima tumpuan utama kenyataan media KKM hari ini
Sebanyak 72 kes yang dilaporkan pada Ahad adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.
![Kerajaan runding hantar pulang pendatang asing tanpa izin bebas COVID-19 Kerajaan runding hantar pulang pendatang asing tanpa izin bebas COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51604469222_PATIpolis.jpg)
Kerajaan runding hantar pulang pendatang asing tanpa izin bebas COVID-19
Kerajaan sedang berbincang dengan negara-negara jiran seperti Filipina dan Indonesia berhubung warga mereka yang berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Sabah.
![Kerajaan laksana kawalan jangkitan pandemik di tiga PTS Kerajaan laksana kawalan jangkitan pandemik di tiga PTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592186675_PusatTahananKK.jpg)
Kerajaan laksana kawalan jangkitan pandemik di tiga PTS
Pusat Tahanan Sementara PTS di Menggatal kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
![COVID-19: Sabah rekod kluster baharu libatkan warga asing COVID-19: Sabah rekod kluster baharu libatkan warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71604033430_TBPKPDHarmoni.jpg)
COVID-19: Sabah rekod kluster baharu libatkan warga asing
Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan bahawa jangkitan di PTS Menggatal adalah merupakan kluster baharu dan ia melibatkan tahanan.
![Lima pegawai PTS Papar positif COVID-19, 33 PTI jalani saringan - Masidi Lima pegawai PTS Papar positif COVID-19, 33 PTI jalani saringan - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603584627_MasidiManjunBersa.jpg)
Lima pegawai PTS Papar positif COVID-19, 33 PTI jalani saringan - Masidi
Seramai 33 pendatang tanpa izin di pusat tahanan berkenaan telah menjalani saringan pada Sabtu.
![Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61594794936_Gari.jpg)
Polis Sabah buru tujuh tahanan warga asing lari dari kuarantin
Polis Sabah kini memburu enam pendatang haram warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau pada Jumaat.
![COVID-19: Selangor akan bina 4 pusat tahanan sementara PATI COVID-19: Selangor akan bina 4 pusat tahanan sementara PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595305206_PATITAWAU.jpg)
COVID-19: Selangor akan bina 4 pusat tahanan sementara PATI
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata empat pusat tahanan sementara berkenaan akan didirikan di beberapa lokasi yang bersesuaian.