KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.89 bilion kepada 357,895 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bagi PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencecah nilai RM12.958 bilion setakat 1 Julai 2022.
Beliau berkata di bawah PSU 2.0 setakat 1 Julai 2022, sejumlah RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,158 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian seramai 719,024 pekerja.
"Sementara bagi PSU 3.0 setakat tempoh yang sama, sebanyak RM3.766 bilion telah disalurkan kepada 162,307 majikan untuk mengekalkan penggajian bagi 1.53 juta pekerja.
"Malah, PSU 3.0 turut ditambahbaik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA+," katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-103 yang dikeluarkan pada hari ini.
Tengku Zafrul berkata di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja.
"Bagi tempoh setakat 1 Julai 2022, sebanyak RM2.56 bilion telah disalurkan kepada 163,696 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 1.92 juta pekerja," katanya.
Beliau berkata bagi PSU 5.0, sebanyak RM188.072 juta telah disalurkan kepada 7,579 majikan setakat 1 Julai 2022 bagi membolehkan mereka terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 106,948 pekerja.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata seramai 33,456 peserta telah berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif program Malaysia Short-term Employment (MySTEP) setakat 30 Jun 2022.
Daripada jumlah tersebut, seramai 17,446 orang pekerja telah ditempatkan di sektor awam manakala 16,010 pekerja lain di GLC serta rakan-rakan strategik lain, kata beliau.
Dalam pada itu, bagi memastikan tempat bagi anak muda Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus atau 800 peluang penempatan untuk program MySTEP kepada golongan berkenaan.
"Kerajaan amat menggalakkan agar warga OKU turut mengambil kesempatan ini dan memohon penyertaan melalui Portal MySTEP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Tengku Zafrul berkata di bawah PEMULIH, kerajaan telah melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja. - Gambar fail/Astro AWANI

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.

Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Usaha itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP
Penggiat pelancongan masih kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan kadar inflasi yang semakin meruncing.

Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.

Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul
Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA.

Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul
Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.

Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi
Lanjutan inisiatif tersebut dijangkakan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.