KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.932 bilion kepada 357,907 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) setakat 22 Julai, 2022 untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha itu juga bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.
Beliau berkata, menerusi PSU 1.0, sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah nilai RM12.958 bilion, setakat 22 Julai lepas.
Bagi PSU 2.0 pula, sejumlah RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,165 majikan agar terus beroperasi dan mengekalkan penggajian sebanyak 719,185 pekerja.
"Di bawah PSU 3.0 setakat tempoh sama, sebanyak RM3.776 bilion telah disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian 1.53 juta pekerja.
"Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan," kata beliau dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-106 yang dikeluarkan hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, bagi PSU 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM2.58 bilion disalurkan kepada 163,942 majikan agar terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1.92 juta pekerja setakat 22 Julai, 2022.
Beliau berkata, bagi PSU 5.0, sebanyak RM215.44 juta telah disalurkan kepada 7,999 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 121,907 pekerja.
Selain itu, Tengku Zafrul berkata, sebanyak 92 syarikat telah memohon untuk Skim Jaminan Prihatin DanaJamin (DPGS) dengan jumlah jaminan yang telah diluluskan berjumlah RM2.095 bilion bagi 62 buah syarikat bagi tempoh setakat 29 Julai, 2022.
"Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah menyediakan kemudahan pembiayaan tambahan atau yang ditambah baik bagi memberi bantuan serta menyokong pemulihan perusahaan kecil dan sedehana (PKS) sebanyak RM4.5 bilion.
"Penambahan ini meningkatkan lagi jumlah dana yang tersedia pada pertengahan September 2021 kepada RM11.2 bilion," kata beliau. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.932 bilion kepada 357,907 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) setakat 22 Julai, 2022 untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan, kata Tengku Zafrul. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan salur RM20.936 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.

Kerajaan salur RM20.932 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Usaha itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Kerajaan salur RM20.92 bilion bagi program subsidi upah - Tengku Zafrul
Program Subsidi Upah adalah untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran.

Kerajaan salur RM20.89 bilion bagi Program Subsidi Upah - Tengku Zafrul
Ia untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja tempatan dan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

PSU bersasar sektor pelancongan wajar dilanjut tiga bulan lagi - DAP
Penggiat pelancongan masih kekurangan pekerja, kenaikan gaji minima dan kadar inflasi yang semakin meruncing.

Kerajaan salur RM20.339 bilion kepada 357,520 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Setakat 4 Feb 2022, sebanyak RM14.643 juta telah disalurkan kepada 1,482 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 24,405 pekerja.

Kerajaan salur RM20.147 bilion kepada 357,429 majikan melalui PSU - Tengku Zafrul
Ia bagi mengekalkan penggajian 2,951,854 pekerja tempatan dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia.

Permohonan Program Subsidi Upah diluluskan capai nilai RM12.95 bilion - Tengku Zafrul
Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PRIHATIN dan PENJANA.

Kerajaan luluskan RM1.19 bilion subsidi upah 2.0 setakat 21 Mei - Tengku Zafrul
Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.

Pemerkasa PLUS: Program Subsidi Upah dilanjutkan sebulan lagi
Lanjutan inisiatif tersebut dijangkakan memanfaatkan seramai 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan.