Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan usaha menyediakan bekalan air terawat atau air bersih kepada baki 39 peratus penduduk yang meliputi kira-kira 114,000 isi rumah di negeri ini yang belum menikmati kemudahan itu.
Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Stephen Rundi Utom berkata ini selaras dengan usaha kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan pertumbuhan di kawasan luar bandar yang memberi tumpuan kepada usaha membangunkan kemudahan asas termasuk menyediakan bekalan di kawasan luar bandar.
Beliau berkata, pada akhir 2015, liputan bekalan air di kawasan bandar di negeri ini adalah hampir 100 peratus tetapi liputan di kawasan luar bandar hanya kira-kira 61 peratus.
"Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju pada dasarnya untuk melaksanakan 141 projek dengan kos dianggarkan RM2.38 bilion," kata beliau ketika menggulung ucapan untuk kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata 39 daripada projek tersebut bernilai RM490 juta telah diluluskan dalam rolling plan pertama dan menambah 141 projek itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 55,000 isi rumah.
Beliau berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan RM668 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi pembangunan sumber air mentah, kajian pelan induk, dan kerja-kerja penambahbaikan sistem di kawasan-kawasan kritikal.
Beliau berkata untuk memudahkan usaha menyediakan bekalan air ke kawasan-kawasan terpencil yang tidak dihubungkan melalui jalan, kementerian telah merumuskan program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif Sarawak (SAWAS).
Menurut beliau, memandangkan faktor lokaliti dan kos yang terlibat SAWAS dijangka dilaksanakan mengikut fasa berdasarkan keutamaan dan ketersediaan dana, kata beliau - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2016

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM668 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi pembangunan sumber air mentah, kajian pelan induk, dan kerja-kerja penambahbaikan sistem di kawasan-kawasan kritikal. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

KPLB teruskan rancangan bina lima lagi MRSM
Angka terbaharu itu bakal menyaksikan sebanyak 62 buah MRSM bakal beroperasi di Malaysia kelak.

Seleweng Dana KKLW: Tiga pemimpin parti politik dibebaskan
Tiga individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di Sabah dibebaskan hari ini.

Kerjasama anak syarikat KKLW kurangkan kos operasi - Ismail Sabri
Kerjasama di antara anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menjamin pasaran yang lebih luas selain pendekatan terbaik dalam mentadbir urus kos operasi.

Kerajaan Sarawak percepat usaha sediakan bekalan air bersih kepada 114,000 isi rumah
Kerajaan Sarawak sedang mempercepatkan usaha menyediakan bekalan air terawat atau air bersih kepada baki 39 peratus penduduk yang meliputi kira-kira 114,000 isi rumah di negeri ini yang belum menikmat

Kerajaan sasar 3,000 Rumah Bina Negara disiapkan untuk belia menjelang 2020
Sasaran itu ditetapkan selaras dengan peruntukan RM100 juta kepada Felcra Berhad seperti yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017.