KUCHING: Kerajaan memberi sepenuhnya komitmen untuk memastikan lebih 1,400 kawasan perkampungan di seluruh negara menerima liputan internet menjelang tahun 2024 melalui fasa dua Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Rancangan untuk merapatkan jurang telekomunikasi rakyat ini turut melibatkan 600 kawasan perkampungan di Sarawak dan selebihnya di Sabah dan beberapa kawasan pedalaman di Semenanjung.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan akan mempercepatkan usaha tersebut melalui pemasangan perkhidmatan satelit jalur lebar yang akan ditender kepada syarikat telekomunikasi pada tahun ini.
“Kita dah kenal pasti semua kawasan pedalaman di seluruh negara iaitu berjumlah 1,400 kampung termasuk 600 kawasan kampung di Sarawak dan selebihnya di Sabah dan Semenanjung menggunakan perkhidmatan satelit jalur lebar.
“Proses ini akan mula dilaksanakan selepas tender untuk projek ini dilaksanakan tahun ini, kemudian pelaksanaanya kita jangka akan bermula pada tahun 2023.
"Saya tidak menafikan kosnya agak tinggi tetapi kerajaan bersedia untuk menanggung jumlah perbelanjaan ini,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang di sini pada Selasa.
Sesi tersebut melibatkan seramai 411 pelajar daripada IPG Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak yang juga sebahagian daripada 7,400 permohonan yang diluluskan di Sarawak setakat 20 September 2022.
Untuk rekod, setakat 30 Jun 2022, sebanyak 95.82 peratus daripada 7.2 juta premis telah dilengkapi kebersambungan fiber dan liputan 4G di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 yang turut melibatkan pembinaan 1,661 tapak baharu di seluruh negara.
Sementara itu Annuar turut menjelaskan kementeriannya akan melihat semula dan mengkaji konsep yang telah dilaksanakan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi untuk rakyat di kawasan pedalaman agar lebih kondusif.
“Kalau untuk perkhidmatan jalur lebar di kawasan pedalaman seharusnya diberikan secara percuma, saya sedang melihat balik kepada konsep-konsep ini, kalau kita di kawasan bandar kita sediakan infrastruktur jaringan telekomunikasi ini kemudian pengguna akan melanggan (berbayar).
“Tetapi di luar bandar kita kena ambil kira faktor-faktor yang lain, jadi adakalanya diberikan percuma untuk beberapa tahun, di Sarawak pun ada program perkhidmatan satelit jalur lebar sendiri,” ujarnya lanjut.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Sep 20 2022

Rancangan untuk merapatkan jurang telekomunikasi rakyat ini turut melibatkan 600 kawasan perkampungan di Sarawak dan selebihnya di Sabah dan beberapa kawasan pedalaman di Semenanjung.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Kerajaan usaha percepat tingkat kelajuan internet di seluruh negara - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.

Peranti Siswa: Pelajar boleh kemuka rayuan bertulis kepada pemimpin tempatan - Annuar
Permohonan pelajar yang ditolak untuk mendapatkan peranti siswa kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan rayuan secara bertulis atau berjumpa terus dengan pemimpin tempatan.

Tiada laporan baharu penjualan semula PerantiSiswa - Annuar
Tiada laporan baharu yang diterima berhubung penjualan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia setakat ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Tambahan 50,000 unit beri peluang lebih ramai pelajar peroleh peranti siswa - Annuar
Langkah itu membuka peluang rayuan seluas-luasnya kepada pelajar yang layak namun ditolak, selain memastikan bekalan peranti tidak terputus.

"Jangan jual peranti siswa, itu hasrat kerajaan bantu pelajar B40" - PM
Ismail Sabri seru jangan cari untung jangka pendek hingga bantutkan hasrat kerajaan bantu pelajar B40.

Masalah tender, agihan tablet PerantiSiswa dijangka bermula Julai - Annuar
Agihan tablet kepada pelajar IPT dan IPTS dari golongan B40 melalui inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka bermula Julai ini.