MELAKA: Kerajaan menyasarkan pembangunan kawasan perindustrian baharu bagi memastikan sektor pelaburan dan perindustrian terus berkembang menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata usaha itu termasuk menggalakkan penyertaan pihak swasta untuk menerima pelaburan berkualiti, mengutamakan bidang sedia ada dan pertumbuhan baharu yang memiliki nilai tambah tinggi.
"Kerajaan negeri berhasrat untuk membangunkan kawasan perindustrian baharu dikenali sebagai Taman Teknologi Jerman di Melaka serta membangunkan Pelan Induk Perindustrian Negeri Melaka.
"Selain itu, pembangunan kawasan perindustrian baharu di seluruh Melaka seperti projek MCorp Hi-Tech Park seluas 2,023 hektar di Masjid Tanah, pembesaran 243.52 hektar kawasan Perindustrian Elkay di Lipat Kajang, Jasin dan 809.4 hektar kawasan perindustrian di koridor ekonomi M-WEZ," katanya di Seri Negeri, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sempena Sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri ke-74, Tahun 2023.
Ab Rauf berkata Invest Melaka Berhad akan diberi peranan untuk membentuk Jawatankuasa Penasihat Pelaburan Negeri Melaka sebagai pemudah cara segala urusan berkaitan pelaburan.
Katanya Melaka telah berjaya mencapai sasaran kemasukan Pelaburan Asing Langsung dan Pelaburan Domestik sebanyak RM8.6 bilion pada 2022 dan nilai itu adalah yang tertinggi diterima setakat ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau juga memaklumkan kerajaan negeri telah mencapai 62 peratus inisiatif yang telah dilaksanakan bagi memakmurkan negeri ini iaitu sebanyak 111 daripada 180 inisiatif, manakala 69 lagi masih dalam tindakan.
Dalam pada itu, Ab Rauf turut menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan beberapa peruntukan kepada Melaka berjumlah RM662.457 juta dengan 59 projek baharu dan 150 projek sambungan bagi tahun ini.
"Ini juga termasuklah meluluskan peruntukan RM25 juta bagi memelihara dan memulihara Tapak Warisan Dunia Melaka serta pengumuman awal mengenai kelulusan RM5juta untuk promosi Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
![Kerajaan sasar jadikan Melaka, negeri mesra pelabur - Ab Rauf Kerajaan sasar jadikan Melaka, negeri mesra pelabur - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692861413_DarjahUtamaNegeri.jpg)
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kanan) mengurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Istiadat Penganugerahan Darjah hari ini. - Foto BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602761554_SulaimanMdAliHar.jpg)
Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.
![Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583824649_TBjpg.jpg)
Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/51533266013_TBPULAUBESAR.jpg)
Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.