Kerajaan sedia menimbang cadangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk menyediakan insentif kepada nelayan yang mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar di laut dalam.
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub pada masa sama menjelaskan, pihaknya akan mengkaji bantuan-bantuan sewajarnya yang boleh disalurkan untuk tujuan berkenaan.
Bagaimanapun katanya, NEKMAT juga perlu mengemukakan cadangan yang berkesan kepada kementerian termasuk model-model terbaharu yang boleh dijadikan rujukan untuk membantu mereformasikan industri perikanan melibatkan golongan nelayan.
"Saya tiada masalah tentang cadangan NEKMAT itu, kerana mereka lebih faham dalam dunia mereka. Mereka pun menjadi payung kepada seluruh nelayan. Kalau itu suatu yang dilihat boleh memberikan nilai tambah kepada interaksi itu, saya akan melihat apakah bantuan-bantuan yang sewajarnya yang boleh kita berikan kepada NEKMAT. Mereka kena keluarkan model yang mungkin telah berjaya di negara lain. Tentang bagaimana sangkar-sangkar ini boleh diwujudkan di dalam kawasan periran laut dalam. Ini penting untuk kita pastikan bekalan ikan kita cukup," katanya kepada Astro AWANI selepas rakaman program Analisis AWANI di sini pada Rabu.
Setakat ini, katanya, Malaysia boleh dianggap sudah berjaya dalam industri akuakultur memandangkan ia telah dapat memenuhi pasaran dalam dan luar negara.
"Ikan seperti kerapu, jenahak,siakap dan ikan merah adalah antara industri mendapat sambutan dan tiada masalah pasaran kerana cukup masa mereka boleh jual ke negara luar," ujar beliau.
Bagaimanapun, negara masih perlu belajar bagi sektor penternakan ikan dalam sangkar di laut dalam dengan negara-negara yang mempunyai kepakaran seperti New Zealand.
"Mungkin dari segi latihan teknologi akan kita pastikan industri ini diberi kefahaman dengan memberi pengetahuan kepada orang muda dan siswazah. Kementerian saya akan pastikan pelan pengukuhan kita akan beri mereka bantuan yang secukupnya," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap usaha memodenkan industri perikanan mencapai matlamat dengan membekalkan pengetahuan secukupnya kepada orang muda.
"Saya yakin bila anak muda dibekalkan dengan pengetahuan, saya yakin kita boleh bergerak dengan pantas untuk memajukan sektor pertanian dan perikanan dalam negara kita," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Jan 16 2019

Salahuddin mahu NEKMAT mengemukakan cadangan yang berkesan kepada kementerian termasuk model-model terbaharu yang boleh dijadikan rujukan untuk membantu mereformasikan industri perikanan melibatkan golongan nelayan. - BERNAMA/Fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Kerajaan sedia kaji beri insentif nelayan ikan dalam sangkar di laut dalam
Kerajaan sedia menimbang cadangan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk menyediakan insentif kepada nelayan yang mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar di laut dalam.

Pengurusan banjir lebih efisien boleh kurangkan kerosakan - Pakar
Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata pengurusan banjir yang lebih efisien boleh dilakukan agar kerosakan mahupun kemalangan mampu diminimumkan.

Kenaikan harga minyak, barangan dan tarif jadi tumpuan rakyat selepas PRU - UMCEDEL
Tiga isu utama yang menjadi tumpuan itu adalah kenaikan harga minyak (48%), peningkatan harga barang (40%) dan kenaikan tarif elektrik dan air (32%).

"Pemain MU tak serasi dengan cara Moyes" - MU Malaysia FC
Menurut Raf Yaakob, rata-rata penyokong kelab Manchester United menyokong pemecatan David Moyes.

Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan
Budaya dialog antara agama perlu dihidupkan dalam menjamin pemahaman dan amalan hormat-menghormati antara agama di negara ini.

PRU14: 'Tokoh baru perlu muncul untuk PAS kekalkan Sungai Limau'
Apakah yang boleh dipelajari daripada PRK Sungai Limau? Analisis Awani semalam berbincang tentang keputusan dan kesinambungan daripada pilihan raya tersebut.

Analisis AWANI: Proses pemilihan baru kesempatan baik UMNO kembalikan sokongan
Proses pemilihan UMNO yang lebih terbuka dilihat sebagai kesempatan terbaik kepimpinan parti tersebut meningkatkan kembali sokongan rakyat untuk kekal memerintah.

Analisis Awani: Memenuhi keperluan asas pendidikan menerusi Bajet 2014
Bagaimana memperkasa pendidikan dan modal insan pelajar menerusi Bajet 2014?

Ekosistem perniagaan Bumiputera harus diubah
Tidak ramai Bumiputera yang telah berjaya sanggup turun untuk memberi tunjuk ajar kepada ushawan Bumiputera yang baharu.

Komuniti perniagaan Bumiputera harus diperbaiki
Ketua Pegawai Eksekutif NetCarbon, Mohd Rashdan Ramlee berkata golongan usahawan Bumiputera harus berhenti dari sikap menuding jari.