Tanggungjawab terhadap keluarga bukan halangan untuk golongan wanita untuk menyertai sektor pekerjaan memandangkan kerajaan telah menyediakan inisiatif mesra wanita seperti waktu kerja anjal.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata inisiatif itu dilaksanakan kerajaan bagi menggalakkan golongan wanita untuk kembali menyumbang kepada ekonomi negara.
Malah, beliau menasihatkan golongan wanita agar memanfaatkan sepenuhnya kecemerlangan pendidikan yang dikecapi memandangkan statistik menunjukkan kemasukan pelajar wanita di institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah tinggi.
"Bagi saya ini satu pembaziran kerana sistem pendidikan negara berada pada landasan baik dan tidak mendiskriminasi kaum wanita.
"Selain itu, kita tahu bahawa 65 peratus penuntut yang memasuki universiti terdiri daripada pelajar wanita, jadi sayang jika mereka diberi pendidikan tinggi tetapi mereka tidak bekerja," kata Azizah ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Pada pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.
Antara yang dibentangkan adalah cuti bersalin mandatori sektor swasta dinaikkan kepada 90 hari daripada 60 hari dan pengecualian cukai pendapatan individu ke atas pendapatan yang diperoleh dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada wanita yang sekurang-kurangnya telah dua tahun berhenti daripada pekerjaan.
Selain itu, kerajaan juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mewajibkan semua bangunan pejabat yang baharu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur.
Hafiz Marzukhi
Thu Nov 02 2017
Azizah menasihatkan golongan wanita agar memanfaatkan sepenuhnya kecemerlangan pendidikan yang dikecapi. - Gambar fail
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
KPLB umum pelantikan lima pengerusi agensi di bawahnya
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengumumkan pelantikan pengerusi bagi lima agensi di bawahnya untuk tempoh sehingga 30 April 2022.
Rakyat beri isyarat tolak UMNO, tetapi itu bukan pengakhirannya - Wanita UMNO
Wanita UMNO Sabah tekad perbetul kesilapan serta menganggap kekalahan pada pilihan raya umum lalu merupakan ruang untuk bermuhasabah diri dan perjuangan parti.
Lapor maklumat kanak-kanak didera atau berdepan hukuman
Tiga kumpulan individu yang mempunyai maklumat mengenai penderaan kanak-kanak diingatkan melaporkannya kepada pihak berkuasa atau berdepan hukuman penjara dan denda jika gagal berbuat demikian.
Selangor catat kes buang bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun
Selangor mencatatkan jumlah kes pembungan bayi tertinggi dalam tempoh dua tahun berturut-turut iaitu antara 2016 hingga Jun 2017 berbanding negeri lain.
Kerajaan sediakan inisiatif galak wanita kekal bekerja - Azizah
Tanggungjawab terhadap keluarga bukan halangan bagi golongan wanita untuk menyertai sektor pekerjaan.
Azizah: Bantuan yuran taska hanya untuk Taska yang berdaftar dengan JKM
Bantuan RM250 sebulan itu boleh didapatkan dengan memuat turun borang permohonan dari laman sesawang JKM.