KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa mengutamakan kepentingan kaum wanita yang telah banyak berjasa terhadap arus pembangunan negara dan mereka bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila kerajaan antara lain bersetuju menubuhkan Majlis Wanita Negara (MWN), Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara (JEWN) dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri (JKWNi) bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan dan negeri pada akhir tahun lepas.
"Baru-baru ini, Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 juga berjaya diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk dikuatkuasakan secara berperingkat.
"Di bawah kerajaan ini, Rang Undang-undang ini telah diluluskan untuk melindungi bukan sahaja golongan wanita, tetapi juga golongan lelaki daripada gangguan seksual," katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi dan Presiden PERTAMA, Sariha Mohd Ali.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga telah meminda senarai keperluan Bursa Malaysia bagi mewajibkan semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah wanita.
Beliau berkata, bermula 1 Sept ini semua syarikat besar dengan permodalan pasaran RM2 juta (pada 31 Dis 2021) akan melaksanakan keperluan itu, manakala bagi syarikat-syarikat lain akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2023.
"Sebelum ini, saya telah mengarahkan agar penyertaan golongan wanita dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023," katanya.
Perdana Menteri berkata, sehingga kini 210 buah syarikat sendirian berhad telah mempunyai lebih 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat daripada 900 syarikat sendirian berhad.
Sementara itu, merujuk kepada peranan pengamal media wanita, Ismail Sabri berkata, golongan itu memainkan peranan penting, dan kerajaan memerlukan sokongan mereka untuk menyebar luas maklumat tepat kepada rakyat.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut meluluskan dana RM300,000 untuk kegunaan aktiviti PERTAMA dan berharap persatuan itu dapat membantu kerajaan dalam menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan negara.
"Saya yakin, ramai lagi nama besar wanita dalam pelbagai bidang di negara ini adalah dalam kalangan mereka yang pernah menjadi wartawan dan kejayaan PERTAMA membantu melahirkan golongan berkaliber ini sangat mengagumkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama pengamal media ketika Majlis Minum Petang Bersama Pengamal Media Wanita Malaysia hari ini. - Gambar BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Wanita masih berdepan cabaran walaupun berjaya lakar pelbagai kejayaan dalam ruang digital - Teo
Kaum wanita masih menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia digital seperti gangguan, dedah maya (doxing) dan seksisme.

29.7 peratus wanita, ahli pengarah di 100 syarikat tersenarai awam
Hanya dua kerusi diperlukan bagi mencapai sasaran 30 peratus untuk 100 syarikat tersenarai awam teratas.

Taliban sambut baik resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai larangan wanita bekerja
Taliban menyambut baik resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat yang mengakui Afghanistan sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Kerajaan sentiasa utamakan golongan wanita - Perdana Menteri
Kaum wanita yang telah berjasa terhadap arus pembangunan negara bukan sahaja perlu dihormati tetapi wajar diberi pengiktirafan.

Perkasa wanita untuk segera capai negara maju
Penglibatan kaum wanita membantu pembangunan negara terutamanya segmen ekonomi.

Duterte dikecam anggap wanita tidak sesuai pimpin Filipina
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyifatkan kaum wanita tidak sesuai untuk memimpin negara itu kerana lebih beremosi ketika buat keputusan.

Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah
Peranan golongan wanita dalam membangunkan negeri Sabah ke peringkat lebih tertinggi haruslah diambil kira.

Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi
Menurut Abby, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.

Aplikasi Uber dan Careem pacu ekonomi, perubahan sosial di Arab Saudi
Penggunaan aplikasi ride-hailing ini tambah memudahkan kaum wanita berulang-alik ke tempat kerja dengan syarat kenderaan itu dipandu oleh kaum lelaki.