KUALA LUMPUR:Kerajaan serius dalam usaha meningkatkan dana untuk industri kreatif di samping mengenal pasti pendekatan agar pendanaan yang diperuntukkan kepada sektor berkenaan dapat digunakan sepenuhnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kementerian Kewangan juga sedang meneliti kaedah bagi dana yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor ini seperti peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-11.
KKMM mempunyai beberapa perancangan untuk industri ini termasuk penghasilan lebih banyak filem patriotik serta program 'Road to Oscar' di bawah bidang kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), katanya pada Forum Industri Kreatif 2021: Tumpuan kepada Seni dan Budaya di sini, hari ini.
"Bagi muzik, kita kini sedang merangka draf pertama Akta Perbadanan Muzik, jadi perlu juga ada 'Road to Grammy'," katanya.
Sementara itu, Saifuddin berkata kerajaan akan mengambil langkah segera untuk menyokong sektor ini termasuk industri kreatif yang turut terjejas ekoran pandemik COVID-19 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Beliau berkata ia termasuk peruntukan sebanyak RM225 juta bagi seni, budaya, hiburan dan acara industri.
"MyCreative, yang juga merangkumi Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya (Cendana), telah diberikan mandat untuk melaksanakan dan menyalurkan dana ini menerusi pelbagai skim dan inisiatif.
"Ini termasuk Geran Acara Langsung, Geran Pemasaran Digital, Skim Pelaburan Padanan, Pinjaman Pantas, Pinjaman Mudah dengan Kadar Faedah Rendah dan Program Halaju Digital, meliputi latihan pemasaran dan promosi digital, bantuan kesalinghubungan dan khidmat nasihat," katanya.
Beliau berkata selain itu proses permohonan dan penyaluran dana sedang dijalankan dengan 1,748 permohonan bernilai RM73.4 juta bagi pelbagai geran kini dipertimbangkan oleh MyCreative.
"Cendana telah meluluskan 234 permohonan bernilai RM3.5 juta, dan 114 permohonan bernilai RM9.6 juta telah diluluskan bagi Pinjaman Pantas, Geran Pemasaran Digital dan latihan Halaju Digital di bawah PENJANA untuk industri kreatif," katanya.
Beliau berkata KKMM juga sedang meminda Akta Finas dan mengenal pasti keperluan untuk mewujudkan badan perundangan bagi membantu bakat dalam industri kreatif seperti berkaitan dengan harta intelek.
"Kita perlu melihat gambaran yang lebih luas, berbincang secara berkala dengan semua pihak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020
KKMM serta Kementerian Kewangan juga sedang meneliti kaedah bagi dana yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh sektor ini seperti peruntukan dalam Rancangan Malaysia ke-11, jelas Saifuddin. - Bernama
ESSCOM patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM870,000
ESSCOM menahan dua warga asing dan mematahkan cubaan menyeludup rokok membabitkan nilai anggaran selepas cukai sebanyak RM871,854.40.
Pantau Belanjawan: AI mengubah landskap kerjaya, apa nasib graduan?
Berdasarkan laporan Decoding Global Talent Report 2024: GenAI Edition, 79 peratus profesional Malaysia menjangkakan artificial intelligence (AI) akan mempengaruhi sebahagian besar kerjaya mereka, dengan 28 peratus bersedia menghadapi transformasi ini. Bersama Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati, membincangkan tentang masa depan graduan dalam era automasi dan AI ini dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri untuk kekal relevan.
Saham Nvidia menjunam 17 peratus, capai paras saham AS terendah 'angkara' DeepSeek
Saham Nvidia susut 17 peratus pada 27 Januari, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan sebanyak AS$589 bilion.
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.