KUALA LUMPUR: Kerajaan menyeru syarikat-syarikat korporat dan besar dalam negara untuk mempertimbangkan pemberian elaun kepada anak-anak muda yang menjalani latihan industri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bagaimanapun tidak akan menetapkan satu kaedah khusus untuk mewajibkannya.
“Ada satu perkara yang disuarakan oleh anak-anak muda. Oleh kerana ketua-ketua korporat dan syarikat besar ada, saya diminta (oleh) anak muda berusia 17 tahun dan 18 tahun dan yang berada di tingkatan enam, yang bagi cadangan kepada Perdana Menteri dalam dialog.
“Saya bagi pengakuan yang saya akan ambil pandangan itu dan bentangkan untuk pertimbangan Jemaah Menteri, dan ini (cadangan elaun dibawa) juga kepada rakan-rakan yang hadir iaitu kita menggalakkan latihan industri kerana pendedahan dan latihan itu penting.
“Tetapi mereka (anak-anak muda) juga menyebut kita faham latihan industri itu bukan pekerjaan biasa tetapi itu peluang peringkat awal. Namun, bagilah sedikit elaun yang munasabah.
“(Elaun itu untuk) perjalanannya, tambangnya, makannya, dan dia (anak-anak muda) faham itu bukan gaji atau upah.
“Kerajaan tidak akan tetapkan satu kaedah yang jelas kerana ini program praktikal yang tidak boleh dipaksa,” katanya di sini pada Isnin.
Perdana Menteri berucap pada Majlis Perasmian bagi Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Dewan Persidangan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Semalam, Perdana Menteri pada program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkata bayaran yang terlalu rendah oleh majikan terhadap pelajar yang sedang menjalani latihan industri disifatkan sebagai tidak munasabah.
Anwar berkata, majikan seharusnya mempertimbangkan untuk membayar jumlah yang sekurang-kurangnya mampu menampung kos perjalanan atau perbelanjaan harian pelajar berkenaan.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata penglibatan banyak syarikat yang menyediakan latihan industri akan memberi manfaat yang lebih baik kepada anak-anak muda.
Mengambil contoh ketika menjadi Ketua Pembangkang, Anwar berkata beliau terpaksa mencari peruntukan tambahan untuk membayar sekurang-kurangnya RM1,000 kepada pelajar praktikal ketika itu.
“Jadi saya bagi pihak anak-anak tingkatan enam dan mahasiswa, sampaikanlah keluhan mereka untuk diberi pertimbangan dan saya harap dapat sambutan yang baik daripada suadara untuk diberikan elaun,” tambah Perdana Menteri.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 19 2023
Anwar berkata, kerajaan mengesyorkan pemberian elaun namun tidak akan menetapkan satu kaedah khusus untuk mewajibkannya. -Gambar fail/Bernama
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.