KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melantik dua Ahli Dewan Negara dan empat Ahli Parlimen termasuk dua wakil daripada pembangkang ke dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen bagi menambah baik keanggotaannya.


Ringkasan AI
  • Kerajaan bersetuju melantik dua Ahli Dewan Negara dan empat Ahli Parlimen, termasuk dua wakil pembangkang, ke dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen.
  • Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
  • Cadangan ini bertujuan menambah baik keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen dan menjamin kebebasan serta perwakilan pembangkang.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelantikan itu akan dibuat Jawatankuasa Pemilih esok, sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang menjadi asas kepada penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya difahamkan terdapat cadangan untuk menambah baik keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen dan perkara ini boleh dibuat tanpa pindaan kepada RUU ini dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Ini seperti diberi kefahaman oleh penasihat undang-undang, memadai untuk menjamin bukan sahaja kebebasan tetapi perwakilan daripada pembangkang.

"... namun setelah mendengar beberapa acara libat urus termasuk pembangkang, kerajaan setuju untuk membuat pindaan dalam jawatankuasa pada hari esok, sekiranya RUU ini diluluskan oleh Dewan dengan memasukkan pindaan ini...pelantikan ini akan dibuat Jawatankuasa Pemilih dan kelulusan oleh Dewan masing-masing," kata Perdana Menteri ketika membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.