KUALA LUMPUR: Kerajaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 dalam negara susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang.
"Kesan jangkitan kita akan dapat 10 ke 14 hari lagi. Kita pantau keadaan ini, kerajaan tahu dan siap sedia untuk hadapi kemungkinan gelombang keempat akan berlaku di negara kita, ini kita amat khuatir," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengenai kesan penularan COVID-19 susulan PRN Melaka yang hanya dapat dilihat dalam masa dua minggu serta perancangan kerajaan sekiranya berlaku peningkatan kes.
BACA: Gelombang baharu COVID-19 dijangka Disember ini
Mengambil pengajaran PRN Sabah tahun lepas, Aaron berkata prosedur operasi standard (SOP) yang amat ketat telah ditetapkan bagi PRN Melaka dengan tidak membenarkan kempen besar-besaran diadakan.
Selain itu, beliau berkata SOP yang ketat juga bakal digunakan bagi PRN Sarawak akan datang bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Aaron berkata kesan jangkitan COVID-19 itu hanya dapat dilihat sekitar 10 ke 14 hari akan datang.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Kerajaan siap sedia jika berlaku gelombang keempat COVID-19 - Aaron
Kerajaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan COVID-19 dalam negara susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu lepas.