Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.
Kerajaan MADANI prihatin dengan cabaran pembiayaan perumahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah pertama, katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Belanjawan 2025 - Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan di sini, Khamis.
Beliau berkata dalam pada itu, menerusi Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan RM20 bilion kepada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) untuk pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Jumlah tersebut dijangka menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan usahawan PKS, khususnya yang terlibat dalam sektor tumpuan seperti halal, teknologi tinggi serta alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan pelancongan," katanya.
-- BERNAMA
