Kerajaan hari ini menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164), yang antara lain bertujuan menyelesaikan isu berbangkit di mahkamah tentang pasangan suami atau isteri yang memeluk Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata Peraturan Mesyuarat 62 telah digunakan untuk menarik semula Rang Undang-Undang tersebut.
“Pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis di mana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.
“Bagaimanapun, kerajaan telah meminda Rang-Undang-Undang tersebut untuk dibacakan kali pertama dan dibahaskan dalam sidang kali ini dengan mengugurkan Fasal 88A.
“Notis pemberitahuan terhadap Rang Undang-Undang yang baharu telah dihantar kepada Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Azalina berkata kerajaan berharap semua pihak mengambil perkara ini secara positif demi memelihara prinsip kemajmukan bangsa dan agama dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Justeru semua pihak diharap menyokong Rang Undang-Undang baharu ini dan tidak mempolitikkan isu ini,” tambahnya.
Rang undang-undang itu dibentangkan buat pertama kali oleh Azalina pada November tahun lepas.
Pindaan Akta itu menyentuh cadangan status agama anak pasangan yang bercerai dikekalkan mengikut perkahwinan asal.
Selain itu, penukaran agama anak-anak kepada Islam dicadang dibenarkan jika mendapat persetujuan bersama kedua-dua ibu bapa dan tertakluk kepada keinginan anak apabila mereka mencapai umur 18 tahun.
Pindaan itu turut memberikan hak kepada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian bagi membubarkan perkahwinan sivil mereka yang termaktub di bawah subseksyen 51 (1) rang undang-undang itu.
Pada masa ini, akta itu tidak memberi hak kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, kerana hak untuk membubarkan perkahwinan hanya diberikan kepada suami atau isteri yang tidak memeluk Islam.
Oleh itu, selagi suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, perkahwinan sivil suami isteri yang berbeza agama itu masih dianggap sah dan berterusan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) 1976.
Pindaan akta itu turut memberikan hak yang sama rata dalam memberikan persetujuan bagi perkahwinan kepada ibu atau ibu angkat seseorang yang di bawah umur 21 tahun, sama seperti diberikan kepada bapa yang dimaktub dalam Fasal 3 subseksyen 12 (1) rang undang undang itu.
T K Letchumy Tamboo
Mon Aug 07 2017
Kerajaan hari ini menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164). -Gambar fail
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Semua kementerian bekerjsama lahirkan modal insan berkualiti
Kesemua kementerian dalam pentabdiran Kerajaan Madani akan terus bekerjasama dalam usaha melahirkan modal insan yang berbakat dan mempunyai skil bagi memenuhi keperluan industri-industri baharu.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
Kerajaan tarik balik RUU pinda Akta Perkahwinan dan Perceraian
Kerajaan hari ini menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164).
Draf pindaan Akta 164 masih sulit - Joseph Kurup
Perbincangan dilakukan sentiasa melibatkan semua pihak bagi memastikan akta yang dibentang adalah holistik dan menyelesaikan isu berbangkit.
Pindaan Akta 164 progresif, tepat pada masa - Azalina
Pindaan ke atas Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) adalah keputusan yang progresif dan tepat pada masanya.