PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil pendekatan tegas dalam soal pemberian kontrak atau projek kepada mana-mana pihak selaras dengan prinsip tadbir urus baik diterapkan dalam pentadbiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pemberian kontrak atau projek dengan niat untuk mendapat kepentingan tertentu umpamanya adalah tidak dibenarkan.
"(Contohnya) derma kepada parti boleh tetapi kalau saya beri kontrak kepada syarikat A dan syarikat A beri kepada parti. Itu jadi syarat 'remuneration' (ganjaran) peribadi atau syarikat peribadi atau kepada parti.
"Itu ada kepentingan di situ dan sebab itu kita kena jaga. Lebih baik kita keras dan tegas dalam hal ini (pemberian kontrak) untuk selamatkan negara," kata beliau ketika berucap pada program Ihya Ramadan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Anwar berkata beliau tegas dalam menentang rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan mahu membela nasib rakyat miskin di negara ini.
"Soal sikap yang menentang penyalahgunaan kuasa dan rasuah ditekankan dalam tadbir urus dalam Islam, ... bila soal ini kita remehkan, (contohnya) rasuah 'okey' kalau dikategorikan sebagai sedekah.
"Hal itu yang mengelirukan, ia tidak ada kesamaran dan tidak boleh kelirukan antara hak dan batil," katanya.
Menyentuh program Ihya Ramadan, Anwar berkata program ilmu yang dianjurkan di kementerian dan jabatan kerajaan perlu tertumpu kepada soal spiritual dan nilai.
"Ada tajuk khusus yang kita boleh tumpukan untuk lebih dengar dan hadam... ada rencana boleh diedarkan selain daripada Al-Quran," katanya.
Pada majlis itu, Anwar turut meluangkan masa mendengar tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pemberian kontrak atau projek dengan niat untuk mendapat kepentingan tertentu umpamanya adalah tidak dibenarkan. - Gambar fail
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (26 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prabowo tetamu utama sambutan ke 76
Sambutan Hari Rupublik India ke 76 pada Ahad cukup meriah dengan perarakan warna warni yang memaparkan kekuatan ketenteraan dan kepelbagaian budaya di tengah-tengah ibu negara, New Delhi.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.