KUALA LUMPUR: Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata walaupun aspek penerbangan berada itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, namun penggunaan frekuensi atau spektrum itu adalah di bawah kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa perkara supaya dasar adalah selaras dengan apa yang kita lihat sebagai potensi industri dron, terutamanya untuk penghantaran barangan," katanya selepas melawat Ibu Pejabat DHL Express Malaysia di Menara TM hari ini.
Sementara itu, katanya KKD dan MCMC juga akan meneliti beberapa perkara berkaitan hala tuju industri kurier.
"Secara umumnya pasca pandemik, banyak syarikat penghantaran barang menghadapi sedikit cabaran, jadi di pihak KKD dan MCMC, kita sedang meneliti beberapa perkara yang saya harap tidak lama lagi kita dapat buat sedikit pengumuman berkaitan indikasi tentang hala tuju industri kurier yang dikawal selia oleh MCMC," katanya.
Terdahulu Fahmi dalam ucapannya berkata kerajaan menerusi MCMC telah melaksanakan Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) pada tahun 2021 bagi menyokong pertumbuhan industri pos dan kurier, te arah mencapai 30 parcel per kapita menjelang 2025.
"Inisiatif PAKEJ disasar membekalkan Malaysia dengan perkhidmatan kurier terbaik menerusi dengan asas 4R, yakni Boleh Dipercayai (Reliability) dari segi kualiti perkhidmatan; Liputan (Reach) yang lancar, Relevan menerusi pertumbuhan industri, dan Daya Tahan (Resilience) kemampanan.
"Adalah diharapkan inisiatif ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan industri kurier, mengukuhkan ia sebagai enjin utama dalam memastikan kejayaan e-commerce dan ekonomi digital di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kiri) melihat pesawat dron DHL yang dipamerkan pada sesi lawatan kerja di Ibu Pejabat DHL Express, Menara TM hari ini. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Kerajaan teliti dasar penggunaan dron sebagai penghantar barangan - Fahmi Fadzil
Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan.