KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Haslina Abdul Hamid berkata MAFS dalam perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai keperluan berkenaan.
Ia berikutan kebenaran sementara yang diberikan oleh MAFS pada 16 Dis lepas untuk membawa masuk telur dari sumber luar bagi menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi oleh negara sejak beberapa bulan lepas.
"Telur yang dibawa masuk dari sumber luar (memang) kecil sedikit (saiz) tetapi sekarang peranan kementerian (MAFS) adalah untuk menangani isu bekalan dan memastikannya sedia ada.
"Kita juga akan memastikan telur yang dibawa masuk berkualiti manakala KPDN memastikan harga (telur diimport) adalah mampu milik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pengedaran Kit Makanan MTL dan Intervensi Pengedaran Telur Ayam di ibu pejabat FAMA di sini, hari ini.
Terdahulu, Haslina meninjau persediaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan 62,500 kit makanan dan telur kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan diedarkan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) di negeri-negeri Pantai Timur.
Beliau berkata pengedaran itu bagi melengkapkan hasrat kerajaan mempertingkatkan bekalan dalam membantu golongan yang terkesan.
"Kita meningkatkan rantaian bekalan (telur) ke kawasan yang kita telah kenal pasti memang kurang bekalan telur, malah kita tambah lagi jumlah untuk dihantar ke Kelantan dan Terengganu.
"Selain NADMA, pengedaran melibatkan kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan pergerakan bekalan berjalan dengan lancar," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata program tersebut mendapat kerjasama tujuh syarikat pengeluar telur untuk mengedarkan telur ke negeri Pantai Timur yang terjejas akibat banjir, di samping menjamin ketersediaan bekalan telur di kawasan terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022

Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik. - Gambar fail/BERNAMA

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.

Bekalan telur, ayam, daging cukup menjelang Hari Raya - Mohamad
Kementerian akan mengarahkan FAMA memenuhi bekalan telur, jika ia tidak mencukupi di tempat-tempat tertentu.

Telur import: Ka Siong ingatkan Deepak buat laporan polis
Tegas Ka Siong, sekiranya Deepak gagal berbuat demikian, beliau sendiri yang akan membuat laporan polis.

Wee Ka Siong gesa Deepak buat laporan polis untuk bersihkan nama
Ahli Parlimen Ayer Hitam sedia dedah bukti terima panggilan daripada individu yang perkenalkan diri sebagai Deepak.

Wee Ka Siong dakwa terima ugutan isu bekalan telur import
Wee Ka Siong mendakwa beliau menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu bekalan telur import.

Kekurangan bekalan telur semakin pulih - Mohamad Sabu
Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.

Import telur dari India hanya sementara, bukan kekal - Mohamad Sabu
Mengimport telur tidak kekal, kerajaan sedang rancang langkah memastikan bekalan dalam negara mencukupi.

Kerajaan teliti keperluan senaraikan telur import sebagai barangan kawalan
Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik.