KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sedang dalam usaha untuk meneliti cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai pelaksanaan model ‘gaji kehidupan wajar’ di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, model gaji progresif itu memerlukan kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
Ini kerana katanya, pelaksanaan gaji progresif dan gaji minimum mempunyai objektif yang sama iaitu memberi perlindungan kepada pekerja yang menerima gaji terendah.
“Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji secara teliti dan mengenal pasti model yang paling sesuai untuk negara kita,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan mempertimbangkan untuk laksana cadangan model gaji progresif.
Menurutnya, Laporan Tahunan 2017 BNM sebelum ini menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak pula adalah RM4,500 dan pasangan dengan dua anak sebanyak RM6,500.
Sementara itu, menjawab soalan asal Awang mengenai rasionalnya kerajaan menangguhkan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022 (PGM2022) terhadap majikan kurang lima pekerja meskipun perintah tersebut terpakai untuk majikan kategori lain, Sivakumar menjelaskan keputusan itu dibuat mengambil kira pelbagai aspek.
Katanya, penangguhan ini dibuat antaranya dengan mengambil kira memorandum daripada pelbagai pihak terlibat yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menanggung kos tambahan akibat pelaksanaan PGM2022 yang akhirnya akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran operasi dan perkhidmatan syarikat.
“Penangguhan tambahan selama enam bulan ini terhadap perniagaan mikro, dengan pekerjanya kurang daripada lima orang diharap dapat memberikan peluang untuk mereka menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan, yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Mar 03 2023
V Sivakumar berkata, model gaji progresif itu memerlukan kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
KWSP saran mekanisme 'gaji kehidupan wajar' tingkat simpanan persaraan
Malaysia perlu menerap mekanisme 'gaji kehidupan wajar' dengan tahap gaji bersesuaian bagi membolehkan pekerja membina simpanan persaraan yang mencukupi.
Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar'
Model gaji progresif itu memerlukan kajian yang lebih mendalam selaras dengan situasi ekonomi dan perburuhan semasa di Malaysia.
Kerajaan teliti model 'gaji kehidupan wajar' di negara ini - Sivakumar
Laporan Tahunan 2017 BNM menyarankan kadar gaji kehidupan wajar individu bujang dewasa yang menetap di bandar adalah RM2,700, manakala pasangan tanpa anak adalah RM4,500.