Kerajaan terbuka kepada cadangan dan sumbang saran semua lapisan masyarakat bagi membantu membina Malaysia baharu yang lebih cemerlang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata dengan penglibatan seluruh masyarakat, usaha pentadbiran kerajaan merencana pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh sifatnya.
"Kita mahukan kerajaan baharu ini lebih mesra sifatnya dan memahami semua golongan masyarakat.
"Kita berharap tiada pihak yang ketinggalan dalam usaha untuk membangunkan negara dan sebab itu, peranan dan sumbangan anggota masyarakat amat penting dan bermakna kepada kerajaan," katanya ketika berucap pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan di Seri Satria di sini, hari ini.
Majlis di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri itu disertai oleh 250 tetamu istimewa golongan asnaf dan kurang upaya daripada beberapa pusat dan rumah kebajikan termasuk Persatuan Cina Muslim He Ping, Persatuan Autism Muslim Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menzahirkan harapan untuk mengenali dan memahami lebih dekat dengan golongan istimewa tersebut bagi memudahkan tugasnya membantu mereka yang berkenaan.
"Insya-Allah, ia akan dapat membantu tugas saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Presiden PKR itu mengesahkan bahawa nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai antara calon yang diketengahkan kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.
"Ada beberapa nama, dan saya akui Dr Idris antara calon yang dikemukakan untuk pertimbangan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya.
Sebelum ini, sebuah laman portal melaporkan komponen Pakatan Harapan mengesahkan sokongan mereka terhadap Dr Idris dan mengutus surat kepada pihak Istana Selangor bagi menyatakan sokongan agar ADUN Ijok itu dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar.
Selain Dr Idris, nama lain yang disebut sebagai calon berpotensi ialah ADUN Sungai Tua yang juga Exco Selangor, Amirudin Sehari, ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badarudin dan ADUN Sungai Kandis Shuhaimi Shafie.
Mengulas mengenai peletakan jawatan Datuk A Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) berkuat kuasa serta merta, Dr Wan Azizah berkata beliau belum mendapat maklumat terperinci mengenai perkara itu.
"Saya tidak boleh komen banyak kerana belum mendapat maklumat lanjut berkenaan peletakan jawatannya, cuma mendapat gambaran bahawa beliau telah menulis sesuatu yang sedikit menyinggung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
Dr Wan Azizah menyampaikan sumbangan kepada Nadeera K. Vasu dari Malaysia Rare Disorders Society pada Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan bersama Asnaf & OKU di Kediaman Rasmi Sri Satria, Putrajaya, 9 Jun, 2018. fotoBERNAMA
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama walaupun jumlah kenderaan meningkat
Trafik di semua lebuh raya bertol melibatkan Lebuhraya Utara Selatan, PLUS E1 dan E2 di Utara, Tengah dan Selatan bergerak lancar dan terkawal.
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.