KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu telah membuat bayaran hutang sebanyak RM472.78 juta kepada kerajaan Persekutuan bagi tempoh Januari 2019 hingga Jun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau berkata pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum (WTP), diikuti RM31.86 juta pada 2020 melalui potongan lima peratus WTP.
"Seterusnya pada 2021, kerajaan negeri membayar hutang sebanyak RM15.20 juta secara tunai," katanya ketika menjawab soalan lisan Hilmi Harun (PAS-Manir) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Menurutnya baki pinjaman kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan setakat 30 Jun ialah sebanyak RM267.09 juta.
"Daripada jumlah itu, hutang tertinggi ialah untuk projek Rancangan Bekalan Air (RM226.7 juta), diikuti perumahan awam kos rendah (RM37.16 juta) dan projek-projek pembangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sebanyak RM3.2 juta," katanya.
Menjawab soalan tambahan Hilmi mengenai bebanan hutang berbanding hasil pendapatan kerajaan negeri, Ahmad Samsuri mengakui Terengganu menghadapi kedudukan fiskal yang mencabar untuk berbelanja terutamanya bagi membangunkan projek-projek baharu.
"Namun, kita masih berupaya menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan mengatur keutamaan dalam berbelanja dan berbelanja secara berhemah, justeru, inisiatif seperti bantuan tunai untuk menyokong kewangan rakyat yang terjejas dapat disampaikan.
"Begitu juga dengan peluang pekerjaan masih dapat diwujudkan dan projek perumahan rakyat dan rumah mampu milik juga dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 25 2022
![Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658723404_AhmadSamsuri.jpg)
Ahmad Samsuri mengakui Terengganu menghadapi kedudukan fiskal yang mencabar untuk berbelanja terutamanya bagi membangunkan projek-projek baharu. - Gambar fail
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
![Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714480816_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
![Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710056766_tbZukiAli.jpg)
Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti peraturan melalui pelaksanaan platform MyMudah.
![Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658723404_AhmadSamsuri.jpg)
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.
![Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657237674_sampah.jpg)
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.
![Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654734419_DatukSeriDrAhmad.jpg)
Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.
![Sijil vaksinasi palsu: Kerajaan Terengganu pantau, ambil tindakan penjawat awam Sijil vaksinasi palsu: Kerajaan Terengganu pantau, ambil tindakan penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641805179_Sijilsuntikanvaks.jpg)
Sijil vaksinasi palsu: Kerajaan Terengganu pantau, ambil tindakan penjawat awam
Kerajaan Negeri Terengganu akan memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat penjawat awam negeri yang didapati memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
![Program anak susuan patuh syariah di Terengganu bermula tahun hadapan Program anak susuan patuh syariah di Terengganu bermula tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521599367_Breastfeeding.jpg)
Program anak susuan patuh syariah di Terengganu bermula tahun hadapan
Pada peringkat permulaan kerajaan negeri mensasarkan 30 hingga 40 wanita untuk menjadi ibu susuan.
![Penjawat awam diacu pisau, disamun ketika menunggu lif Penjawat awam diacu pisau, disamun ketika menunggu lif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528934923_SAMUNPANGSAPURI.jpg)
Penjawat awam diacu pisau, disamun ketika menunggu lif
Ketua Komunikasi Korporat sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu disamun dan diacu menggunakan pisau, malam tadi.