KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berhasrat untuk mendapatkan bayaran balik baki hutang daripada kerajaan Persekutuan dalam bentuk tunai dan bukannya melalui pembangunan projek-projek di negeri itu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jumlah keseluruhan tuntutan balik hutang daripada kerajaan pusat bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) itu adalah sebanyak RM1.85 bilion.
Katanya bayaran balik yang telah dilunaskan adalah sebanyak RM418.5 juta dalam bentuk projek iaitu Jalan FT3 Awana Kijal bernilai RM118.5 juta dan Projek Perumahan Mampu Milik (RM100 juta) dan pendahuluan tunai (RM200 juta).
"Jumlah yang masih berbaki adalah sebanyak RM1.43 billion... pihak kerajaan telah melakukan beberapa kali sesi perbincangan dan perundingan, termasuklah jawapan daripada kementerian pada Oktober tahun lalu, yang saya kategorikan sebagai 'tidak produktif'.
"(Tapi) kini sudah ada petanda yang lebih positif, di mana perbincangan antara Menteri Kewangan dan saya untuk penyediaan Kertas Kabinet mengenai isu Hutang LPT2 akan diadakan pada 28 Mac nanti di Putrajaya," katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Samsuri berharap agar keputusan yang terbaik untuk Terengganu akan dapat dicapai selepas pertemuan itu.
Sementara itu, pada sesi penggulungan tersebut juga beliau turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu rakyat Terengganu semasa berhadapan dengan bencana banjir baru-baru ini.
"Musibah yang tidak kita jangka, banjir besar yang luar biasa. Terima kasih terutamanya kepada semua termasuk Perdana Menteri yang telah melakukan lawatan singkat (ke daerah Hulu Terengganu) pada 2 Mac yang lalu.
"Semoga Allah membalas jasa baik tuan-tuan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda," katanya sambil meminta semua ahli dewan berdiri dan memberikan tepukan sebagai tanda penghargaan dari Terengganu.
Sidang DUN Terengganu ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan ditentukan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jumlah keseluruhan tuntutan balik hutang daripada kerajaan pusat bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) itu adalah sebanyak RM1.85 bilion. - Gambar fail/BERNAMA

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Terengganu, Kelantan terima wang ihsan lebih RM230 juta minggu lalu
Kerajaan Persekutuan menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lalu bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.

Pelumba maut: Kerajaan Terengganu arah semua aktiviti sukan permotoran dihenti sementara
Semua penganjuran acara melibatkan aktiviti sukan permotoran dan kereta di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak diarah dihentikan buat sementara waktu berkuat kuasa semalam.

Sultan Mizan seru kerajaan Terengganu rangka strategi pemulihan ekonomi
Sultan Mizan turut menyeru kerajaan negeri supaya memberi perhatian serius dalam usaha membangunkan sektor pertanian ke tahap lebih tinggi.

COVID-19: Empat kumpulan penggiat pelancongan Terengganu terima bantuan
Pihaknya sedia maklum dengan nasib penggiat pelancongan yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP.

'Hentikan fitnah, Pas Dungun tak pecat imam masjid'
Dakwaan kerajaan Pas Terengganu memecat imam masjid yang dilantik kerajaan Barisan Nasional, yang tular di media sosial, adalah fitnah.