KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sentiasa menetapkan garis panduan yang jelas kepada mana-mana pihak ingin menganjurkan sebarang program terutama berbentuk hiburan di negeri ini bagi memastikan ia tidak melampaui batas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata kerajaan negeri terbuka untuk menerima sebarang penganjuran program, namun ia perlu mengambil kira sensitiviti agama dan masyarakat di negeri itu.
"Sebenarnya bagus (program/karnival), tapi kena ada syarat... kalau tiada makluman di pihak kerajaan negeri, apabila berlaku sesuatu (di luar batasan), yang dikecam adalah kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena Karnival Jom Heboh Terengganu 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata selainkan memastikan setiap program mengikut garis panduan ditetapkan, kerajaan negeri juga berharap agar para pengunjung dapat menjaga adab masing-masing ketika berada di majlis umum.
Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima banyak permohonan penganjuran pelbagai program hiburan termasuk untuk penggambaran filem di Terengganu, namun ada program terpaksa ditolak setelah mengambil kira suasana masyarakat di negeri itu.
Sementara itu, mengenai karnival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Okt ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Ariffin berkata pihaknya akan menyelaraskan perkara itu dengan pejabat agama dan menempatkan anggota penguat kuasa untuk memantau program tersebut.
"Untuk menjaga nama baik penganjur dan kerajaan negeri, ada juga pihak sukarela menawarkan diri untuk memantau program tersebut bagi memastikan program ini jadi 'comel' dan kehadiran pun baik.
"Kita berharap agar program ini dapat diadakan dalam keadaan terkawal... besar juga harapan kerajaan negeri agar pihak terlibat dapat menjaga sensitiviti umat Islam kerana sehari sebelum program tersebut, diadakan program Maulidur Rasul," katanya.
Antara garis panduan ditetapkan untuk penganjuran program itu termasuk hanya artis lelaki dibenarkan membuat persembahan pentas, pemilihan artis dan lagu perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri serta pengasingan tempat dan ruang pengunjung kepada ruang keluarga, lelaki dan wanita.
Selain itu para artis, selebriti serta peniaga yang terlibat perlu menutup aurat dan berpakaian sopan, manakala pertandingan karaoke hanya dibenarkan untuk peserta lelaki, manakala bagi peserta wanita, hanya kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan menyertainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Ariffin berkata kerajaan negeri terbuka untuk menerima sebarang penganjuran program, namun ia perlu mengambil kira sensitiviti agama dan masyarakat di negeri itu.- Fail BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kerajaan Terengganu tetapkan panduan program hiburan
Kerajaan Terengganu sentiasa menetapkan garis panduan yang jelas kepada mana-mana pihak ingin menganjurkan sebarang program terutama berbentuk hiburan di negeri ini.