KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk meneroka potensi hidrogen hijau sebagai bahan api alternatif ke arah mencapai agenda mobiliti hijau negara.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan dengan kerjasama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan meneroka prospek untuk memanfaatkan pembawa tenaga baharu itu dan kesan ekonominya.
"Kami berhasrat untuk memperkenalkan ekonomi hidrogen menerusi Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) yang disasar dilancarkan tahun ini.
"Ini termasuk bagaimana kita boleh menarik pelaburan ke arah pengeluarannya dan akhirnya membuka jalan untuk Malaysia menjadi hab eksport utama bagi hidrogen hijau menjelang 2027.. kami melihat nilai dalam usaha sama bagi memacu peralihan itu secara domestik, serantau dan antarabangsa," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Seminar Peralihan Tenaga 2023, di sini hari ini.
Katanya tindakan peralihan tenaga dan perubahan ilkim memerlukan penglibatan dan sumbangan pelbagai sektor bagi memastikan kelangsungan kemajuan manusia.
"Kami turut berharap syarikat perniagaan dan persatuan sivil akan terus mengutamakan kelestarian dalam kerja mereka," katanya.
Mengenai Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga (EECA) yang bakal dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Nik Nazmi berkata pengguna elektrik dalam jumlah yang tinggi akan dikehendaki menjalankan audit tenaga dan keperluan yang lebih tinggi akan diberikan untuk bangunan mengikut saiz tertentu.
"Dan susulan pembaharuan tarif, sebahagian mereka telah mengambil inisiatif sendiri kerana mereka (pengguna tenaga elektrik tinggi) perlu membayar bil yang lebih tinggi. Jadi mereka telahpun mengambil langkah untuk menyimpan lebih banyak tenaga solar dan mengamalkan kecekapan tenaga," katanya.
Menyentuh mengenai perkembangan kerangka dasar unsur nadir bumi (REE), Nik Nazmi berkata pihaknya akan memanggil satu jawatankuasa yang dipengerusikan beliau di bawah Majlis Mineral Negara dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
Nik Nazmi berkata kerajaan dengan kerjasama syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan meneroka prospek untuk memanfaatkan pembawa tenaga baharu itu dan kesan ekonominya. - Foto BERNAMA
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Dasar Peralihan Tenaga Sarawak libatkan kerjasama dengan negara lain - Abang Johari
Abang Johari berkata SET-P, satu lagi pelan hala tuju ke arah tenaga hijau bagi memastikan masa depan yang mampan, bersih dan makmur, akan melibatkan kerjasama dengan negara lain.
Kerajaan teroka potensi hidrogen hijau - Nik Nazmi
Kerajaan berhasrat untuk meneroka potensi hidrogen hijau sebagai bahan api alternatif ke arah mencapai agenda mobiliti hijau negara.
Malaysia di posisi baik manfaat potensi sebagai pengeluar hidrogen hijau - MOSTI
Penting untuk Malaysia menarik pelaburan terhadap pengeluaran, pengagihan dan aplikasi hidrogen hijau untuk menyerlahkan ekonomi hidrogen.
Sarawak kekal menarik kepada pelabur meskipun pandemik - Awang Tengah
Sarawak kekal sebagai satu daripada tempat pelaburan paling menarik di Malaysia meskipun pandemik COVID-19 kerana ia berjaya meraih pelaburan diluluskan bernilai RM15.7 bilion pada 2020.