KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneruskan pemberian subsidi bagi membolehkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) terus dinikmati oleh penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri berkenaan Anthony Loke Siew Fook berkata Kerajaan Persekutuan melalui Program Keenam di bawah Agenda Kedua: Kemajuan Sabah dan Sarawak memperuntukkan subsidi tahunan sebanyak RM209 juta bagi menampung kos operasi dan sewa pajakan pesawat untuk perkhidmatan tersebut.
Beliau berkata setelah rundingan pengambilalihan MASWings Sdn Bhd oleh Hornbill Skyways Sdn Bhd yang masih dirundingkan sekarang selesai, MOT bertanggungjawab menetapkan dasar Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO) dan kriteria kelayakan yang diperlukan.
"Pada masa sama, MOT akan terus berperanan mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam RAS," katanya menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin tahu peranan yang akan dimainkan Kerajaan Persekutuan setelah MASWings di bawah Malaysia Aviation Group diambil alih oleh Hornbill Skyways pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.
Pada 27 Okt lepas, Hornbill Skyways dan Malaysia Aviation Group yang memiliki MASWings memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pemerolehan saham dalam MASWings bagi pengurusan RAS.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata MoU itu akan membuka jalan ke arah perbincangan lebih terperinci antara kedua-dua pihak untuk memastikan negeri itu mendapat pegangan majoriti dalam MASWings.
Sementara itu Loke berkata MOT sedang meneliti mekanisme membolehkan sejumlah subsidi diberi bagi memastikan kadar harga tiket penerbangan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dapat dikawal atau dikurangkan untuk beberapa hari sebelum sesuatu perayaan.
Beliau berkata isu itu berlainan dengan RAS kerana subsidi yang diberikan ialah untuk pengoperasian perkhidmatan udara di pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi untuk sektor penerbangan dari Semenanjung ke kedua-dua negeri itu, tiada pemberian subsidi oleh kerajaan kerana ia tidak tertakluk dalam RAS.
"Kementerian amat memahami isu yang dibangkitkan berhubung harga tiket penerbangan yang tinggi pada musim perayaan dan untuk itu kami sedang meneliti mekanisme seperti memberikan sedikit subsidi untuk kurangkan kos harga tiket penerbangan.
"Selain itu, kementerian juga meminta syarikat penerbangan menambah jumlah penerbangan pada waktu malam sebagai antara inisiatif mengurangkan kos tiket kapal terbang antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Ringgit diunjur cecah RM4.45 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun - Ahli ekonomi
Ringgit dijangka bergerak mendatar, dengan unjuran bagi akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
60 peratus wanita di Malaysia tidak pernah jalani saringan kanser serviks
Statistik itu mencerminkan tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pengesanan awal penyakit terbabit.
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
Tahun kedua pentadbiran: Rating kelulusan PM Anwar meningkat kepada 54 peratus
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
IKSH bantu kerajaan rangka program subsidi lebih bersasar - Armizan
Pembangunan Indikator Kos Sara Hidup (IKSH) akan membantu kerajaan merangka program subsidi lebih bersasar mengikut keperluan dan perbelanjaan rakyat.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.