KUALA NERUS: Kerajaan meneruskan projek pembinaan benteng pemecah ombak di pesisiran pantai di daerah ini bagi mengurangkan impak hakisan yang semakin serius di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata pesisiran pantai negeri ini sering berhadapan dengan isu bencana seperti hakisan dan ia menjadi fokus di peringkat kementerian dalam merancang pembangunan.
Beliau berkata pembinaan benteng pemecah ombak di Kampung Tengah Mengabang Telipot yang siap pada 2019 memberi impak cukup positif apabila kesan hakisan dapat diminimumkan walaupun fenomena itu masih berlaku.
"Sebanyak lima pemecah ombak dengan kos RM70 juta telah dibina di sini (Kampung Tengah Mengabang Telipot)...melalui tinjauan yang kita buat kepada penduduk setempat dan nelayan, mereka akui kesan hakisan telah berkurangan.
"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengenal pasti model terbaik untuk membantu menghalang kesan ombak yang lebih teruk," katanya.
Ismail ditemui pemberita selepas tinjauan mesra di kawasan hakisan pantai dan sesi taklimat oleh JPS negeri di Kampung Tengah Mengabang Telipot di sini, petang tadi.
Menurut beliau, projek seterusnya akan melibatkan pembinaan 16 benteng pemecah ombak di sepanjang lebih enam kilometer di pantai Pengkalan Maras hingga Pagar Besi di sini dianggarkan melibatkan kos RM90 juta.
"Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat (dalam tahun ini) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun... KASA dan JPS beritahu model ini (benteng pemecah ombak) antara yang terbaik untuk menahan ombak," katanya.
Beliau berkata projek berkenaan diharapkan agar dapat memberikan keselesaan buat penduduk dan nelayan yang tinggal di sekitar pantai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Ismail (depan, tiga kanan) melihat pelan perancangan projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Kolam, Mengabang Telipot semalam. --fotoBERNAMA
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Nelayan Kemasik persoal projek RM7 juta gagal tangani muara cetek
Rozali mempersoalkan mengapa projek yang menelan belanja yang besar itu tidak dipantau rapi dan gagal siap sepenuhnya seperti dirancang.
Projek benteng pemecah ombak muara Sungai Besut diteruskan
Kerja pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Besut yang tertangguh sejak lebih dua tahun lepas diteruskan semula oleh kontraktor penyelamat bermula bulan depan.
Kerajaan terus bina benteng pemecah ombak
Pesisiran pantai negeri Terengganu sering berhadapan dengan isu bencana seperti hakisan.