SEPANG: Saingan antara syarikat penyedia perkhidmatan penerbangan tidak boleh dielakkan, selagi mana ia mengikut garis panduan yang disediakan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat syarikat penerbangan terus kekal beroperasi dan berdaya saing, selepas situasi pandemik COVID-19 yang memberi impak negatif kepada sektor penerbangan di seluruh negara.
Katanya lagi, setiap syarikat penerbangan ada kekuatannya yang tersendiri, dan kerajaan mengambil pendekatan untuk terus menggalakkan persaingan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik.
“Walau apa pun, ia perlu menepati dua aspek - satu daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dari aspek komersial, manakala dari segi teknikal sama ada ia boleh melepasi garis panduan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
“Kedua-dua ini ini perlu kita gabungkan sekali barulah kita dapat pastikan sesuatu syarikat itu boleh beroperasi melalui satu proses sedia ada. Mereka perlu melalui MAVCOM dan CAAM, dan akhirnya MAVCOM boleh luluskan berdasarkan penilaiaan yang dibuat oleh CAAM,” katanya lagi.
Ka Siong berkata demikian selepas merasmikan majlis penjenamaan semula Malindo Air sebagai Batik Air, serta pelancaran pesawat terbaharu syarikat berkenaan, iaitu Boeing 737-8, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapt Chester Voo, Pengerusi MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kassim, Pengasas Lion Group Rusdi Kirana, Pengarah Urusan Lion Group dan pengasas Malindo Air Datuk Chandran Rama Muthy, Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Kapt Mushafiz Mustafa Bakri.
Baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, Kapten Izham Ismail berkata, pemulihan industri penerbangan Malaysia dibimbangi akan terjejas dengan isu lebihan kapasiti, susulan keputusan kerajaan memberi lesen perkhidmatan udara kepada dua lagi syarikat penerbangan.
Portal bisnes Dagang News melaporkan beliau sebagai berkata, meskipun lebih banyak penawaran bakal memanfaatkan pengguna dalam jangka masa pendek, ia mungkin tidak begitu lestari untuk kemampanan industri dalam jangka masa panjang.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Ka Siong berkata, masa depan Batik Air dan KLIA adalah saling berkait, yang mana ia memberi nilai tambah kepada kemajuan dan pertumbuhan masing-masing.
“Kejayaan KLIA sebagai hab serantau merupakan satu kepentingan strategik untuk negara. Ia menyokong pertumbuhan ekonomi yang berkait dengan dunia, serta pemangkin kepada peluang pertumbuhan ekonomi di negar aijni.
“Kami mengalu-alukan usaha untuk penyambungan trafik dari Kumpulan Lion Air, terutamanya dari Indonesia untuk transit di melalui KLIA, kerana ia akan memberi sumbangan yang signifikan kepada ekonomi Malaysia,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Jul 11 2022
Ka Siong merasmikan majlis penjenamaan semula Malindo Air sebagai Batik Air, serta pelancaran pesawat terbaharu syarikat berkenaan, iaitu Boeing 737-8, di Sepang hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Syarikat penerbangan dan destinasi baharu pacu kesalinghubungan lapangan terbang pada 2024 - MAHB
Lapangan terbang serantau dapat manfaat daripada trafik udara yang meningkat dengan penerbangan terus baharu ke destinasi seluruh Asia dan luar Asia.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
IATA naikkan unjuran untung bersih syarikat penerbangan cecah AS$30.5 bilion
IATA berkata sektor Amerika Utara terus menjadi penyumbang utama terhadap keuntungan industri penerbangan, didorong oleh beberapa faktor.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.
Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang pada suku pertama 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).