KOTA BHARU: Kerajaan kekal komited menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, iltizam ini akan diteruskan bagi meningkatkan keterangkuman dalam usaha untuk menyumbang ke arah pembangunan sosioekonomi setempat dan meningkatkan kemakmuran negara seperti yang digariskan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
"Ekonomi Malaysia kini berada di landasan yang tepat dengan laporan Bank Negara terkini menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 3.1 peratus pada tahun 2021.
"Bank Dunia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia untuk berkembang sebanyak 5.8 peratus tahun ini, selain nilai pelaburan diluluskan bagi tahun 2021 mencecah RM306.5 bilion, iaitu nilai pelaburan diluluskan yang tertinggi pernah direkodkan bagi sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah ROHM-Wako Electronics (Malaysia) Sdn Bhd yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pelaburan berjumlah RM910 juta oleh syarikat ROHM-Wako Electronics di negeri Kelantan itu adalah sebahagian usaha menyokong agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau negara.
"Ini adalah kerana kilang pembuatan yang dijangka siap pada bulan Ogos tahun 2023 kelak, akan diiktiraf sebagai fasiliti pengeluaran mesra alam yang dijana oleh teknologi penjimatan tenaga hijau.
"Selain itu, kilang ini juga mengeluarkan Transistor Garis Lebar dan Pemacu Litar Bersepadu sebagai produk komponen kenderaan elektrik yang akan menyokong usaha kerajaan dalam merancakkan pembangunan mobiliti karbon rendah negara," katanya.]
Beliau berkata pelaburan itu juga akan memberi impak positif terhadap landskap ekonomi negeri untuk jangka masa panjang sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan strategik global dengan menjana pelaburan berimpak tinggi. - BERNAMA
TAG : azmin ali, pelaburan, komited, adil, saksama, Malaysia
Bernama
Sat Mar 12 2022
![Kerajaan terus komited bangunkan Malaysia secara adil, saksama dan inklusif - Azmin Ali Kerajaan terus komited bangunkan Malaysia secara adil, saksama dan inklusif - Azmin Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646744984_MenteriKananPerdag.jpg)
Kerajaan komited jadikan Malaysia negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan, kata Azmin Ali.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733796844_AzminAli.jpg)
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
![Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715942833_AzminAli.jpg)
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
![PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727257268_TBPRKMahkota.jpg)
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
![PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726734238_MohamedAzminAli.jpg)
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
![Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715942833_AzminAli.jpg)
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
![Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716276606_AmirudinShari.jpg)
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
![Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715942100_AzminAli.jpg)
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
![Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715828713_SyedSaddiqbuku.jpg)
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
![Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018 Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715827234_SyedSaddiqbukuj.jpg)
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.