KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata beliau akan membuat suatu pemakluman berhubung langkah seterusnya, setelah Kabinet memutuskan dasar dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan esok.
"Cuma yang perlu saya sampaikan kepada masyarakat, kita mengekalkan dasar di mana harga ayam perlu terus dikawal dan juga keutamaan ke tahap kecukupan bekalan domestik kekal menjadi satu keutamaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.
Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, setakat ini kerajaan menetapkan dasar, harga ayam dalam negara ditetapkan pada harga siling RM9.40 sekilogram sehingga 31 Ogos dan mengadakan kaedah memberi subsidi kepada penternak pada kadar RM1.20 bagi setiap sekilogram ayam dikeluarkan.
Katanya sehingga kini, RM888 juta bayaran dibuat kepada pengusaha dan mengambil kira semua perkara tersebut, pasukan khas itu akan membuat perakuan kepada mesyuarat Jemaah Menteri esok berhubung dasar seterusnya, iaitu berkaitan harga maksimum ayam dan dasar melibatkan subsidi selepas 31 Ogos.
Pada masa sama, Annuar berkata pasukan khas itu perlu memberi perhatian kepada kebajikan industri penternakan ayam dan keseimbangan antara industri mapan, iaitu pengeluar terus aktif mengeluarkan sejumlah ayam dengan bilangan tertentu dengan keperluan domestik ketika ini memerlukan kira-kira 69 juta ayam setiap bulan.
"Untuk memastikan negara kita sentiasa mempunyai bekalan cukup (iaitu) kira-kira 69 juta ekor (ayam) sebulan, kita mengekalkan dasar membenarkan pengimportan ayam bulat, dasar itu masih dikekalkan, sementara dasar tidak membenarkan eksport buat masa ini juga akan hanya diputuskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri.
"Jadi perkara-perkara ini akan dibincangkan esok dengan jawatankuasa (pasukan khas), akan memaklumkan secara terperinci status dan kedudukan bekalan dan juga permintaan, serta kita telah pun selesai mendapatkan maklumat asas tentang bagaimana sektor pengeksportan ayam itu berlaku pada masa ini," katanya.
Annuar berkata pasukan khas turut menerima pandangan daripada pemain industri, bahawa keperluan negara untuk mengeksport ayam merupakan suatu keperluan yang perlu dipertimbangkan.
Justeru, beliau berkata ekosistem bekalan, penawaran dan eksport ayam perlu diperbetulkan terlebih dahulu, sehingga negara mempunyai satu dasar lebih jelas serta kaedah kawalan lebih teratur, termasuk mempunyai dasar lebih jelas dan data lebih tepat bagi membolehkan keputusan selanjutnya dapat dilakukan.
"Jadi ini semua akan dibincangkan esok dan kita akan maklumkan selewat-lewatnya pada mesyuarat kita yang akan datang, minggu depan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata pasukan khas itu akan mendapatkan maklum balas Lembaga Minyak Sawit Malaysia, yang akan menentukan harga purata minyak masak bagi Ogos, dan daripada maklumat tersebut, mereka akan melihat kepada penetapan harga maksimum minyak masak seperti diumumkan sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Kerajaan akan terus memberi keutamaan dalam memastikan bekalan ayam bagi pengguna domestik adalah mencukupi. - Gambar hiasan/Astro AWANI

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.

Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.

Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.

Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.

Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.