Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap komited terhadap janji mereka untuk memberikan sebanyak mungkin ruang pekerjaan kepada pencari kerja seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata untuk itu kerajaan akan mencari kaedah terbaik bagaimana janji berkenaan dapat ditunaikan selaras dengan kemampuan kerajaan.
"Kerajaan PH sentiasa sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada rakyat dalam konteks mengisi ruang pekerjaan ini.
"Ia berdasar kepada kemampuan kerajaan dari semasa ke semasa dan dalam tempoh lima tahun ini akan kita usahakan perkara ini (memberikan pekerjaan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Job Fair@UTC 5.0 2018 di sini, pada Sabtu.
Pada PRU lepas PH berjanji untuk memberikan sebanyak mungkin pekerjaan berkualiti kepada rakyat melalui manifesto mereka.
Mengulas perkara itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah itu berkata kerajaan mengharapkan rakyat agar tidak bergantung untuk bekerja dalam sektor awam semata-mata yang kini semakin terhad.
"Pencari kerja kini semakin banyak dan sebahagian pengisian itu boleh diisi dalam sektor swasta. Mereka perlu membuat anjakan untuk memilih sektor swasta ataupun menjadi usahawan," katanya.
Beliau berkata disebabkan itu kerajaan sangat menitikberatkan pendidikan kemahiran kepada golongan muda agar mereka menjadi usahawan yang berjaya selepas menamatkan pengajian.
Sementara itu, kira-kira 20,000 kekosongan pekerjaan diharapkan dapat diisi di seluruh negara melalui program berkenaan.
"Di Kedah sahaja terdapat lebih 1,000 kekosongan dan kita berharap pencari kerja ini dapat merebut peluang terbaik," katanya.
Katanya di Kedah terdapat 19,000 kekosongan sebelum ini tetapi sehingga September lepas, 12,000 daripadanya telah diisi.
Bernama
Sat Oct 06 2018

Mahfuz berkata untuk itu kerajaan akan mencari kaedah terbaik bagaimana janji berkenaan dapat ditunaikan selaras dengan kemampuan kerajaan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kerajaan tetap komited penuhi janji terhadap pencari kerja -Mahfuz
Kerajaan PH tetap komited terhadap janji mereka untuk memberikan sebanyak mungkin ruang pekerjaan kepada pencari kerja seperti yang terkandung dalam manifesto PRU ke-14.

Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi...
Pas yang merupakan parti politik matang membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk kembali ke pangkuan parti itu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Tiga calon kumpulan progresif dilantik AJK PAS Pusat
Tiga calon dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti itu bagi sesi 2015 hingga 2017.

Pemilihan PAS: Mahfuz belum buat keputusan
Mahfuz akan mendengar juga pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan.

Mahfuz: Status Mat Sabu tidak berasas
Sebarang desas desus bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan bertanding dalam PRU-13 adalah tidak berasas.