Kerajaan tidak akan bersikap apologetik dalam memastikan keamanan serta keselamatan negara ini kekal terpelihara.
Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut beri jaminan pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti akan dilakukan tanpa bermotifkan politik.
Akta itu katanya diwujudkan bertujuan mencegah sebarang elemen keganasan daripada merebak dan mengancam keselamatan negara.
Jelas Najib lagi, pelaksanaan akta itu nanti tidak akan diletakkan di bawah anggota pentadbirannya sebaliknya di bawah satu badan berwibawa.
“Kerajaan tidak berniat menggunakan akta untuk tujuan politik, sebab kuasa menahan kita tidak letak pada anggota pentadbiran tetapi kita letak pada sebuah badan yang berwibawa dan ada kredibiliti supaya mereka yang benar-benar terlibat.”
Najib berkata demikian ketika merasmikan sambutan Peringatan Hari Polis ke 208 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan mencegah sebelum berlakunya keganasan perlu diambil kerana kesannya lebih buruk jika lambat bertindak.
“Tindakan pencegahan adalah lebih baik daripada seseorang itu melakukan satu bentuk keganasan, bila berlaku keganasan ramai rakyat akan terkorban sebab itu kita mesti pastikan tidak berlaku sebarang perbuatan dalam bentuk keganasan dalam negara kita ini,” katanya.
Najib berkata usaha kerajaan menangani keganasan melalui penguatkuasaan undang-undang juga ialah demi memastikan rakyat Malaysia bertindak mengikut lunas undang-undang kerana tiada erti kata kebebasan mutlak di Malaysia.
"Saya nak katakan, tidak ada kebebasan yang mutlak. Kebebasan yang mutlak tanpa tanggungjawab tidak ada tempat dalam negara ini," katanya.
Untuk itu, Akta Hasutan 1948 akan turut diperkukuh dalam menjaga hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.
Hakim Rahman
Wed Mar 25 2015

Perdana Menteri memberi jaminan pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan yang akan dibentangkan nanti akan dilakukan tanpa bermotifkan politik. - Foto Bernama

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Malaysia sedia kongsi pengalaman perangi ancaman keganasan - TPM
Malaysia berjaya mengambil langkah bagi mengukuhkan struktur undang-undang dalam menghadapi ancaman pengganas dengan mewujudkan undang-undang baharu serta meminda beberapa undang-undang tertentu.

Kerajaan disaran kuat kuasa POTA sebaik mungkin - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata rakyat sudah muak dengan pelbagai kenyataan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak yang langsung tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang bangsa.

Hentikan segera sebarang tanda kecenderungan ke arah ekstremisme - TPM
Sebarang tanda kecenderungan ke arah ekstremisme dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dihentikan segera dan ditangani sebelum ia menimbulkan ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan di negara ini

Kerajaan tidak apologetik dalam memastikan keamanan negara - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti akan dilakukan tanpa bermotifkan politik.