Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas, sebaliknya menggalakkan mereka supaya tinggal bersama-sama anak.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk menjaga ibu bapa masing-masing, dan bukannya mengabaikan mereka.
"Pihak kami bukan sahaja menitikberatkan kebajikan warga emas, malah kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) juga kerana kita mahu membawa mereka kembali kepada keluarga masing-masing," katanya.
Chew berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) Siti Ameh Ruman dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian OKU dan Warga Emas JPKAS Zulkiflie Hassan.
Chew berkata dengan menggalakkan ibu bapa tinggal bersama-sama anak-anak mereka, warga emas itu boleh berinteraksi lebih kerap dengan masyarakat.
Mengenai PAWE, Chew berkata pihaknya menggalakkan golongan korporat dan syarikat pemaju perumahan mengambil kira keperluan warga emas dalam perancangan pembangunan perumahan mereka bagi memastikan kebajikan golongan itu sentiasa terpelihara.
"Kawasan kejiranan Rukun Tetangga juga digalakkan mewujudkan PAWE sebagai pusat aktiviti harian untuk warga emas semasa anak-anak mereka keluar bekerja," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Chew berkata kementerian itu akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kebajikan warga emas di negara ini.
Beliau berkata perbincangan Majlis Warga Emas dengan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan, pakar-pakar universiti dan warga emas sendiri, kementerian mendapati keselamatan sosial, kewangan dan kesihatan merupakan tiga aspek sosial berkaitan warga emas yang perlu diberi perhatian.
Sehubungan itu, katanya kementerian akan berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung keperluan dan kebajikan warga emas bagi menghadapi kemungkinan Malaysia menjadi negara penuaan pada 2030 atau 2035, apabila 15 peratus rakyat negara ini berusia 60 tahun ke atas.
Bernama
Mon Aug 15 2016

Kementerian menggalakkan golongan korporat dan syarikat pemaju perumahan mengambil kira keperluan warga emas dalam perancangan pembangunan perumahan mereka bagi memastikan kebajikan golongan itu sentiasa terpelihara. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Dua ahli politik DAP tarik balik rayuan keputusan mahkamah berhubung saman fitnah
Dua ahli politik DAP menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kebiadapan Nazri Aziz antara punca kejatuhan BN - MCA
Nazri Aziz adalah di antara nama-nama pemimpin BN yang tersenarai dalam golongan pemimpin biadap dan angkuh.

Chew Mei Fun wanita pertama dilantik Setiausaha Agung MCA
Parti MCA mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Saya bukan calon payung terjun - Chew Mei Fun
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Raub, Datin Seri Chew Mei Fun menegaskan bahawa beliau bukanlah sekadar calon payung terjun diletakkan pucuk pimpinan BN di kerusi parlimen itu.

Jumlah warga emas melebihi generasi muda selepas 2045
Rakyat Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas akan melebihi jumlah mereka yang berusia bawah 15 tahun selepas 2045.

Pengasuh Taska wajib ada SPM mulai tahun depan - Chew
Kerajaan bercadang menetapkan syarat kelayakan pengasuh taska untuk pendaftaran baharu mesti mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

65 taska, 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatal pendaftaran dari Jan-Sept 2016
Sebanyak 65 Taska dan 11 pusat jagaan kanak-kanak dibatalkan pendaftaran kerana gagal mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sejak Januari hingga September tahun ini.

Kerajaan tidak cadang tambah rumah kebajikan warga emas - Chew
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Chew Mei Fun berkata kerajaan tidak bercadang menambah rumah kebajikan bagi menempatkan warga emas.

Jerebu: Indonesia perlu beri pampasan kepada Malaysia
Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.

Isu 'Low Yat 2' diharap tidak jejas hubungan komponen BN - Ismail Sabri
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob berharap isu cadangan "Low Yat 2" tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).