BERA: Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agensi bertanggungjawab telah menjalankan siasatan, malah pihak terlibat dalam penyelewengan didakwa di mahkamah.
"Isu LSC tindakan dah pun diambil, Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) juga telah buat kenyataan dan perjelas beberapa kali.
"Mereka yang dituduh terlibat dengan penyelewangan dan sebagainya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menyiasat dan ada yang dibawa ke mahkamah, jadi perkara itu adalah sedang berjalan, tidak betullah jika kata kita tidak mengendahkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor memintanya memohon maaf kepada tentera berhubung isu perolehan aset yang timbul dalam pasukan keselamatan itu.
Ismail Sabri berkata Anwar sengaja atau dilihat tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku kerana penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sudah dijelaskan sebelum ini.
Sementara itu, ditanya mengenai gesaan pembangkang yang mahu semua calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan harta, beliau berkata tindakan itu dlakukan secara sukarela oleh sesiapa yang mahu berbuat demikian.
Perdana Menteri berkata tiada keperluan untuk melakukan perkara itu kerana ia tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta, melainkan individu dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri yang diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka.
Beliau berkata Ahli Parlimen tidak perlu mengisytiharkan harta sebab mereka boleh berniaga tetapi menteri dan timbalan menteri mereka wajib mengisytiharkan harta dan memang mereka berbuat demikian.
"Tetapi, sesiapa yang sukarela hendak mengisytiharkan harta seperti Rafizi (Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli) isytiharlah. Bagi saya perkara yang perlu dan dikehendaki oleh akta mesti dipatuhi.
Tetapi yang tidak ada dalam mana-mana akta (maka) tidak ada keperluan. Setakat nak jadikan ia isu pilihan raya sahajalah kalau tidak diisytiharkan dianggap sebagai ada sesuatu yang nak disorok," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022
Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P090 Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera, hari ini. - Foto BERNAMA
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan Emiriah, Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
Kerajaan tidak pernah abai isu LCS - Ismail Sabri
Kerajaan telah mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu perolehan aset ketenteraan seperti kapal tempur pesisir (LCS) dan tidak pernah mengabaikan perkara itu begitu sahaja.
"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.
Isu LCS: Siasat jika benar menteri Bersatu terlibat - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menteri berkenaan sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan beliau.
Kabinet secara prinsip setuju laporan audit LCS didedahkan - Wan Junaidi
Kabinet hari ini secara prinsip bersetuju supaya Laporan Pengauditan Forensik Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) didedahkan.