Kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana kaum hanya kerana warna kulit, anutan agama dan keturunan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata sebaliknya rakyat di Malaysia bebas mengamalkan mana-mana agama dan perayaan masing-masing.
"Ini adalah janji kita (kerajaan) semasa negara kita dibentuk (penubuhan Malaysia). Kerajaan akan sentiasa mempertahankan hak semua kaum dan agama tanpa ada sebarang diskriminasi dan ia akan dipertahankan sampai bila-bila.
"Kerajaan akan pastikan tiada perayaan dan hak mana-mana kaum di seluruh negara termasuk di Sabah dihapuskan atau diabaikan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin yang menghormati semangat kemerdekaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perayaan Tarian Naga Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2017 Tenom dan Kemabong di sini, malam tadi.
Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh, Anggota Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang.
Mengenai majlis itu, Salleh berkata perayaan Tahun Baharu Cina sentiasa diraikan bersama oleh semua kaum dan agama di Sabah setiap tahun.
"Ini membuktikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama sentiasa saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu saya berharap amalan budaya seperti ini terus kita kekalkan demi keharmonian rakyat dan negara," katanya sambil mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk tujuan mencantikkan kawasan Pekan Tenom bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Terdahulu, Salleh yang juga bendahari UMNO Malaysia menghadiri majlis makan malam bersama kepimpinan UMNO Bahagian Tenom.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau menyeru pemimpin dan anggota parti bahagian berkenaan terus mengekalkan kerjasama dan perpaduan.
"Kita perlu terus bekerja bersama-sama membantu kerajaan untuk menjelaskan apa sahaja isu yang timbul (kepada rakyat). Selain itu beri sokongan padu kepada pucuk pimpinan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
![Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41483160245_SallehSaidKeruak.jpg)
SALLEH: Kerajaan akan pastikan tiada perayaan dan hak mana-mana kaum di seluruh negara termasuk di Sabah dihapuskan atau diabaikan kerana Perdana Menteri seorang pemimpin yang menghormati semangat kemerdekaan, - Gambar fail
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51518004559_SallehSaidKeruak.jpg)
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
![UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508210642_SallehSaidKeruak.jpg)
UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh
Hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan.
![Sokongan rakyat perlu untuk awasi ancaman ekstremisme - Salleh Sokongan rakyat perlu untuk awasi ancaman ekstremisme - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508210642_SallehSaidKeruak.jpg)
Sokongan rakyat perlu untuk awasi ancaman ekstremisme - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sokongan dan kerjasama rakyat perlu bagi mengawasi ancaman ekstremisme di negara ini.
![Forex: Kabinet putuskan penubuhan RCI tanpa niat politik - Salleh Forex: Kabinet putuskan penubuhan RCI tanpa niat politik - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442049304_SallehKeruak.jpg)
Forex: Kabinet putuskan penubuhan RCI tanpa niat politik - Salleh
Penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lepas.
![Rakyat di Sabah perlu beri mandat kepada BN pada PRU ke-14 - Salleh Rakyat di Sabah perlu beri mandat kepada BN pada PRU ke-14 - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453303244_SallehSaidKeruak.jpg)
Rakyat di Sabah perlu beri mandat kepada BN pada PRU ke-14 - Salleh
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat di Sabah perlu memberi mandat kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
![Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469940707_DSDrSallehSaid.jpg)
Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
![Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469940707_DSDrSallehSaid.jpg)
Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh
UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Datuk Seri Dr Salleh.
![Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463030712_SallehSaidKeruak.jpg)
Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh
Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
![BN pilihan terbaik rakyat - Salleh Keruak BN pilihan terbaik rakyat - Salleh Keruak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41469441815_SallehSaidKeruak.jpg)
BN pilihan terbaik rakyat - Salleh Keruak
BN, yang sekian lama merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, merupakan pilihan terbaik untuk dipilih rakyat pada PRU ke-14.
![Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41483160245_SallehSaidKeruak.jpg)
Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh
Beliau berkata sebaliknya rakyat di Malaysia bebas mengamalkan mana-mana agama dan perayaan masing-masing.