KUALA LUMPUR: Kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan masyarakat India dalam negara malah telah merancang pelbagai inisiatif bagi memperkasakan komuniti itu.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy berkata pada persidangan meja bulat bersama wakil badan bukan kerajaan (NGO) komuniti India di sini semalam, pihak berkenaan telah membangkitkan beberapa perkara antaranya berasa terpinggir daripada setiap inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan.
Menurut Saraswathy beliau telah memberikan penerangan berkaitan inisiatif kerajaan kepada wakil NGO terlibat selain meminta mereka memberikan kerjasama baik agar isu berbangkit dapat diselesaikan secara baik.
"Sebagai contoh saya telah menyentuh perihal inisiatif IPR (Inisiatif Pendapatan Rakyat) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk membasmi kemiskinan tegar melalui program insan, ihsan dan sebagainya.
"Walaupun itu adalah inisiatif baik, boleh membantu sedikit sebanyak meningkatkan (taraf hidup) masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tetapi maklumat itu tidak sampai kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Meja Bulat: The Current State of Indians and way forward! berkenaan di sini pada Sabtu.
Turut hadir Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Saraswathy berkata pendekatan kerajaan ketika ini ialah berdasarkan 'need based' atau berasaskan keperluan dalam memastikan tiada yang terpinggir, justeru sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan awal bulan ini mampu memastikan perkara itu tercapai.
"Jadi sebarang permohonan bagi proses kelulusan itu akan menjadi lebih mudah berbanding sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
![Kerajaan tidak pinggir masyarakat India - Saraswathy Kerajaan tidak pinggir masyarakat India - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81696077703_SaraswathyKandasamy.jpg)
Menurut Saraswathy beliau telah memberikan penerangan berkaitan inisiatif kerajaan kepada wakil NGO terlibat selain meminta mereka memberikan kerjasama baik agar isu berbangkit dapat diselesaikan secara baik. - Foto fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739113025_FadhlinaSidek.jpg)
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731284817_TBparlimen.jpg)
RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.
![Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735028703_TBdoctor.jpg)
Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.
![Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732540274_AnthonyLoke.jpg)
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
![Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732958395_Narathiwatbanjir.jpg)
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
![Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95 Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727156790_RON.jpg)
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
![HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720657975_tbStevenSimChee.jpg)
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
![Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732113625_tbDigitalLiteracy.jpg)
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.
![Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731182858_TBABDULLAHSAIDOL.jpg)
Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.