KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas itu turut menggabungkan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri dan Kementerian Ekonomi.
"Walaupun kekurangan gula hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu, saya berpandangan sebuah jawatankuasa Kabinet perlu diwujudkan bagi merangka langkah penyelesaian jangka panjang kepada isu ini.
"Susulan itu, mesyuarat di peringkat pegawai telah pun bermula dan kita menyasarkan tempoh sebulan diperlukan sebelum jawatankuasa mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Salahuddin berkata jawatankuasa itu juga akan mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk dengan syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi mendapatkan input dan pandangan berhubung perkara tersebut.
Beliau berkata ini penting bagi memastikan pelan yang dirangka adalah bersifat komprehensif sekali gus membantu kerajaan menangani isu gangguan bekalan dan ketidakstabilan harga gula yang memberi kesan kepada rakyat secara lebih berkesan.
"Dengan pelan komprehensif dan langkah yang akan diambil kelak, saya yakin isu gangguan bekalan dan kestabilan harga gula akan ditangani sebaiknya," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, bekalan gula di Kelantan dan Terengganu terputus sejak 22 April lepas sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga serta penduduk dan menurut KPDN, gangguan itu berpunca susulan penutupan sementara kilang gula MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang ekoran cuti sambutan Aidilfitri.
Bagaimanapun kedua-dua kilang telah kembali beroperasi pada 25 April dan Salahuddin pada 2 Mei lepas mengumumkan gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
![Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683891800_SalahuddinAyub.jpg)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub bercakap pada sidang media khas berkaitan isu bekalan gula di Pantai Timur di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81683891800_SalahuddinAyub.jpg)
Kerajaan tubuh Jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula
Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut.
![Tempoh 6 bulan sediakan kaedah pembayaran royalti minyak - Azmin Tempoh 6 bulan sediakan kaedah pembayaran royalti minyak - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51537017356_TBOILxjpg.jpg)
Tempoh 6 bulan sediakan kaedah pembayaran royalti minyak - Azmin
Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk menyediakan kertas cadangan berkenaan kaedah pembayaran royalti minyak diberi tempoh enam bulan untuk menyiapkan kertas cadangan itu.