Kerajaan akan menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) bagi memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Md Farid Md Rafik hari ini.
Beliau yang bertanggungjawab bagi portfolio perpaduan negara dan kesejahteraan sosial berkata, langkah itu diambil bagi mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan agama.
"Majlis ini berfungsi sebagai platform untuk percambahan fikiran dan rekonsilasi antara kaum dan agama," kata beliau ketika berucap menutup Seminar Kebangsaan Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional di Menara INTEGRITI di sini, hari ini.
Seminar itu dianjurkan bersama oleh Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri.
Menurut beliau, kertas cadangan penubuhan majlis itu telah diketengahkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.
"Kami berharap ia akan dapat kelulusan dalam waktu terdekat," katanya.
Dalam ucapannya, Dr Md Farid berkata, semangat perpaduan antara kaum di negara ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang datang dari pelbagai sudut.
"Justeru, semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawab menjadikan rakyat Malaysia celik agama, perlu tampil ke hadapan secara ikhlas untuk membantu dan memainkan peranan bersama dengan INTEGRITI dan JPNIN dalam usaha memperkukuhkan persefahaman, perpaduan dan keharmonian berlandaskan nilai-nilai sejagat pelbagai agama," katanya.
Beliau memberitahu, kerajaan akan membangunkan dasar-dasar dan program yang membawa Malaysia ke arah sebuah negara inklusif yang bersatu padu dan menjaga keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan agama.
"Kerajaan yakin bahawa ini akan membolehkan Malaysia menjadi model senantero dunia," katanya.
Dr Md Farid berkata, sewajarnya komposisi masyarakat yang berbilang kaum dan agama berbeza perlu dilihat sebagai satu peluang besar dan dorongan untuk mewujudkan perpaduan.
"Malah, kita perlu sedar kewujudan masyarakat berbilang kaum dan agama bukanlah satu fenomena yang baharu dan tidak mungkin boleh dipisahkan dalam konteks Malaysia.
"Apa yang penting adalah komitmen dan kesungguhan yang berterusan untuk mengetengahkan nilai-nilai murni sejagat sifatnya daripada pelbagai agama dan budaya untuk memantapkan perpaduan dan saling memahami antara penganut pelbagai agama," kata beliau.
Astro Awani
Thu Jul 26 2018

Dr Md Farid menurunkan tanda tangan selepas merasmikan penutupan Seminar Kebangsaan Agama Sebagai Medium Memupuk Integriti dan Perpaduan Nasional di Menara INTEGRITI, Kuala Lumpur, 26 Julai, 2018.

Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.

Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.

Vatican batal sembahyang pada Ahad kali keempat kerana Paus masih di hospital
Menurut Vatican, Paus menghabiskan malam yang "tenang" di Hospital Gemelli, Rom dan sedang berehat.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Kerajaan tubuh Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat kukuh integrasi nasional
Langkah itu diambil bagi mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan agama.