BERA: Kerajaan menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan binaan selain memastikan projek siap tepat pada masanya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan bahan binaan dalam VOP ialah 15 antaranya simen, batu bata dan dinding, kaca, batu baur, bahan siling serta bahan bumbung.
"Kerajaan maklum dengan kenaikan harga barang binaan yang tidak dapat dielakkan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geopolitik Rusia-Ukraine. Saya difahamkan harga barang binaan termasuk besi, yang merupakan antara bahan penting dalam pelaksanaan apa juga projek, meningkat sehingga 180 peratus.
"Namun kerajaan sentiasa mendengar dan memahami permasalahan ini dengan mengembalikan semula VOP bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman, Presiden PKMM Datuk Seri Mohamed Fadzill Hassan serta Yang Dipertua PKMM Pahang Abd Gapar Lambak.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga secara dasarnya bersetuju menambah harga rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membantu kontraktor kecil yang membina rumah itu memperoleh keuntungan.
Beliau berkata ini ekoran keluh kesah kontraktor yang menyatakan sukar untuk mereka meneruskan projek pembinaan kerana situasi harga bahan binaan menyebabkan mereka tidak memperoleh keuntungan sehingga ada yang menyatakan 'kesediaan' memulangkan semula projek yang diterima.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan sentiasa komited untuk memulihkan semula sektor ekonomi yang terkesan melalui pelaksanaan projek pembangunan dan kemudahan pembiayaan mikro kredit dalam sektor pembinaan.
Kerajaan secara amnya, menerusi Bajet 2022, telah mengumumkan banyak manfaat kepada industri pembinaan seperti meneruskan pembinaan projek perumahan kumpulan berpendapatan rendah bernilai RM1.5 bilion dan pembinaan jalan luar bandar sepanjang 519 kilometer dengan peruntukan RM1.5 bilion
Ismail Sabri berkata kerajaan juga meneruskan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur negara bernilai RM3.5 bilion seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan Central Spine Road serta peruntukan RM2.9 bilion bagi meneruskan projek bersaiz kecil dan sederhana untuk kontraktor Gred G1 hingga G4.
Pada majlis itu, Perdana Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada PKMM Pahang bagi tujuan perbelanjaan pentadbiran mengambil kira kejayaan persatuan itu menjaga kebajikan 1,800 ahlinya selain turut aktif membantu mangsa banjir di negeri tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang Yang Ke-38 di Dewan Kompleks Rakan Muda hari ini. - Foto BERNAMA

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa

Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan
Setakat ini kira-kira 350 tan kokain hancur dan pes koka yang dirampas antara 2021 dan 2022 telah digunakan.

Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus
Indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus).

Kerajaan umum tambah 11 lagi bahan binaan dalam senarai VOP - PM
Kerajaan menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan.

Kilang tanpa lesen ditutup, 10 pekerja asing ditahan
Sepanjang pemantauan tersebut, sebanyak 536 premis dan tiga penjaja dilawat dan 132 premis diperiksa.

Tanah terhad punca rumah mahal di Perlis
Kemelut harga rumah terlalu tinggi disifatkan tidak seiring dengan jumlah pendapatan yang diraih kebanyakan penduduknya.

Rehda jangka penjimatan kos dengan pengecualian SST
Ia hanya akan terpakai kepada projek-projek baharu sahaja kerana harga bagi projek semasa era GST telah dipersetujui kontraktor dan sedang berada di beberapa peringkat untuk disiapkan.

Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng
Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.

Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan consortium
Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan konsortium bagi mengatasi masalah mendapatkan bekalan bahan binaan.