Kerajaan menyedari perbezaan taraf diplomatik di setiap negara dan berusaha mendapatkan pengiktirafan kekebalan imuniti kepada semua pegawai Tourism Malaysia yang ditugaskan di Sweden.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata, Kerajaan akan sentiasa memastikan langkah dibuat mengikut perundangan negara berkenaan.
"Kita faham taraf diplomatik di setiap negara berbeza. Seperti kes pegawai Tourism Malaysia Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Nurshal di Sweden, mereka diberi taraf diplomatik di Korea Selatan dan taraf itu berbeza di Sweden.
"Ia sekali gus menyukarkan kerajaan kerana ia melibatkan perundangan Sweden namun kita memberi bantuan dari segi guaman dan khidmat nasihat,'' katanya.
Hamzah menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) pada sesi Dewan Rakyat di sini.
Azizul dan isterinya, Shalwati ditahan di Sweden atas tuduhan mengasari dan mencabul integriti anak-anak mereka.
Mereka menjalani perbicaraan di Mahkamah Daerah Stockholm kerana didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman mereka di Sweden dari 15 September 2010 sehingga 17 Disember 2013.
Dalam pada itu, Jelas Hamzah, antara bantuan konsular yang diberi kerajaan adalah cuba menyelesaikan setiap kes pada peringkat awal.
"Kita akan bertemu pegawai berkenaan untuk mengetahui kedudukan kes dan sekiranya kes itu boleh diselesaikan di peringkat awal, maka urusan dengan pihak berkuasa tempatan akan dilakukan bagi membebaskan pegawai itu.
"Lawatan konsular termasuk membekalkan keperluan pegawai serta pertemuan dengan pegawai dan peguam bela akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat dan nasihat mengenai perundangan negara berkenaan bagi memastikan hak pegawai terjamin,'' ujarnya.
Ketua Hakim Sweden, Ketua Hakim, Mattias Moller menetapkan 28 Mac ini untuk bacaan keputusan Azizul dan Shalwati.
Walaupun begitu, beberapa sekatan sepanjang penahan itu turut ditarik balik oleh Mattias.
Pasangan Malaysia yang ditahan sejak Disember tahun lepas atas dakwaan memukul keempat-empat anak mereka di Sweden, kini dibenarkan lawatan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan di pusat tahanan reman.
Astro Awani
Wed Mar 19 2014


RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?