Kerajaan kini sedang berusaha untuk meningkatkan kuasa beli rakyat walaupun menyedari Ringgit berada di bawah paras nilai sepatutnya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan dalam masa sama mempunyai banyak cara untuk memastikan hasrat itu menjadi kenyataan.
"Saya fikir pada masa akan datang, harga mungkin tidak turun, tetapi apa yang kita mahu lakukan ialah meningkatkan kuasa beli Ringgit anda.
"Ringgit anda kini berada di bawah nilai, jadi kos barangan telah meningkat. Jadi terdapat banyak cara untuk mendekati masalah ini, bukan hanya dengan memberikan wang kepada mereka," katanya pada sidang media khas satu tahun Malaysia Baharu di pejabatnya di sini.
BACA: KPDNHEP akan syor kerajaan lakukan anjakan terhadap beberapa dasar
BACA: Apa lebih mencabar daripada kawal harga barang? Ini jawapan Tony Pua
Dr Mahathir sebelum ini memberitahu, kerajaan sedar keperitan hidup rakyat disebabkan beban kos sara hidup dan harga barang yang tinggi.
Katanya, ketika ini kerajaan sedang berusaha meringankan beban rakyat dengan menurunkan kos sara hidup serta harga barangan.
Mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada Mac lalu turut membincangkan tiga kertas cadangan dengan dua daripadanya memberi fokus kepada usaha menangani peningkatan kos sara hidup rakyat yang dibentangkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Penubuhan EAC diumumkan Pejabat Perdana Menteri pada 11 Februari lalu bertujuan meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Wan Syamsul Amly, Amirah Shariffudin
Wed May 08 2019

Dr Mahathir berkata, kerajaan mempunyai banyak lagi cara untuk memastikan hasrat meningkatkan kuasa beli rakyat menjadi kenyataan. - fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Blok Afrika Timur suara 'kebimbangan' terhadap krisis Sudan
Blok itu menyeru kedua-dua pihak untuk menyelesaikan konflik secara baik melalui mekanisme penyelesaian konflik yang ada di peringkat serantau, benua dan antarabangsa.

Lesen Pendudukan Sementara: MAFI akan berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri - PM
Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi menangani masalah tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Penguatkuasaan SOP perlu ada penyelarasan supaya tidak bertindan - EAC
Industri memaklumkan, sekiranya pemantauan SOP tidak diselaraskan, akan terdapat pertindihan.

Pertimbangkan semula pelaksanaan GST untuk manfaat rakyat - Pakar ekonomi
Kerajaan harus mempertimbangkan semula pelaksanaan GST yang merupakan sistem cukai yang lebih menyeluruh dan adil yang dapat membantu meningkatkan pendapatannya.

PM pengerusi Mesyuarat EAC di Melaka
Mesyuarat EAC yang bersidang setiap Isnin bagi menangani cabaran ekonomi negara yang tidak menentu susulan pandemik COVID-19 itu, julung kali dilakukan di luar ibu kota.

Inisiatif #MyMudah atasi kerenah birokrasi, peraturan bebani perniagaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata, inisiatif tersebut juga bagi merangsang kewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi di negara ini.

MKB sebagai platform tertinggi perkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera
Majlis Kemakmuran Bumiputera bertujuan menjadi platform tertinggi dalam usaha memperkasa pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.

Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) diaktifkan semula
MYSPC ditubuhkan untuk menyelaras agenda kesejateraan social yang holistik dan bersepadu.

PKP: BOBBLE tidak ambil kesempatan buang pekerja
Malisse Tan berkata ia sememangnya tempoh yang sukar buat semua syarikat PKS dan beliau berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengekalkan pekerjanya.

Bridget Lai, Datu Abang Halmi Ikhwan dilantik sebagai anggota EAC
Tokoh ekonomi dari Sabah dan Sarawak dilantik sebagai anggota Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), menjadikan jumlah terkini anggotanya adalah 13 orang.