Sebuah Pusat Autisme Kebangsaan akan diwujudkan sebagai bukti campur tangan dan sokongan kerajaan yang komprehensif bagi menangani autisme.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu, Projek Permata Kurnia juga diumum sebagai pusat kecemerlangan kebangsaan bagi autisme.
Pusat yang akan beroperasi menjelang Mei tahun depan itu sebagai usaha memperkasakan institusi keluarga dan memastikan tenaga golongan profesional yang berkesan dalam isu berkenaan.
``Berikutan fenomena peningkatan autisme di peringkat global, banyak negara bertindak balas kepadanya secara proaktif dengan pelan tindakan nasional yang preskriptif, bagaimana untuk mewujudkan satu sistem campur tangan awal yang komprehensif, menyokong dan memperkasa keluarga bagi memasikan wujudnya tenaga golongan profesional yang berkesan dan mencukupi dalam bidang ini,'' ujarnya.
Najib berkata demikian semasa merasmikan Seminar Antarabangsa Autisme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Seminar ini merupakan anjuran Program Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan badan bukan kerajaan.
Seminar yang bertemakan `Autisme: Keprihatinan mengelakkan tragedi' merupakan program intervensi untuk kanak-kanak autisme.
Seminar dua hari ini telah dirangka dengan pengisian yang padat dan meliputi sesi plenari, sesi serentak dan perbincangan panel serta forum.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai autisme yang menimbulkan masalah dalam sosial, komunikasi dan kehidupan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.
Seminar ini turut disertai isteri pemimpin dunia termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Uzbekistan, China, Singapura dan Namibia selain lebih 1,000 peserta tempatan dan luar negara yang lain.
Najib berkata Pusat Permata Kurnia juga akan menyediakan khidmat campur tangan awal dan pendidikan khas awal kanak-kanak kepada 300 kanak-kanak dengan autisme berumur antara dua hingga enam tahun.
``Projek ini akan menjadi tanda aras dalam melaksanakan amalan terbaik bagi persediaan perkhidmatan autisme.
``Dalam pada itu, Pusat Autisme Kebangsaan turut diharap menjadi model bagi pusat-pusat autisme lain yang akan diwujudkan di seluruh dunia,'' jelasnya.
Sementara itu, dalam ucapan aluan Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor sebentar tadi, beliau menyebut seminar ini antara lain bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat dan berkongsi pandangan dalam pendidikan kanak-kanak autisme di seluruh negara.
Autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu.
Kanak-kanak autisme ini kebiasaannya menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ.
Autisme merupakan satu masalah biologikal yang mengganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus yang boleh mengatasinya.
Kajian menganggarkan 75 peratus daripada kanak-kanak autisme mempunyai masalah rencatan akal sementara 25 peratus mempunyai IQ seperti kanak-kanak normal dan ada ketikanya mencapai IQ yang begitu tinggi.
Kanak-kanak autisme yang mempunyai IQ tinggi ini biasanya cukup bijak di sekolah terutama dalam bidang yang membabitkan kekuatan hafalan tetapi apabila menyentuh aspek bahasa, mereka agak lemah.
Keadaan fizikal kanak-kanak autisme yang normal seperti kanak-kanak lain membuatkan kelainan yang ada pada mereka sukar dikesan melainkan dilihat beberapa gejala biasa yang mungkin ada pada mereka.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 22 2014
Najib semasa merasmikan Seminar Antarabangsa Autisme di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - Foto Bernama
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Kerajaan wujud Pusat Autisme Kebangsaan pada 2015
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu, Projek Permata Kurnia juga diumum sebagai pusat kecemerlangan kebangsaan bagi autisme.