SERDANG: Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil bagi sektor agromakanan negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, inisiatif itu dilaksanakan kerajaan susulan kenaikan harga barang yang sering berlaku disebabkan tindakan orang tengah atau kartel yang memanipulasi harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.
“Ketika ini, kita mempunyai sebanyak 162 pusat pengumpulan bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) (130) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) (300).
“Maka, kita akan menambah lagi (pusat pengumpulan hasil). Pada masa sama, kita juga menggalakkan perniagaan dalam talian agar pengeluar hasil terus kepada pengguna. Itu antara langkah dibuat kerajaan untuk mengurang pengaruh orang tengah.
“Selain itu, banyak lagi usaha yang diambil kementerian bagi mengurangkan pengaruh orang tengah dalam sektor agromakanan yang menjadi isu sejak sekian lama ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pra-Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022 (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Khamis.
Sementara itu Ronald berkata, kerajaan menyedari isu ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu dan sedang meneliti puncanya yang melibatkan orang tengah dan pengusaha.
Katanya lagi, kerajaan akan memberikan dana modal khususnya kepada pengusaha kecil agar tidak bergantung sumber kewangan daripada individu lain yang dikategorikan sebagai orang tengah.
Pada masa sama, Ronald menegaskan usaha membenteras pengaruh orang tengah ini memerlukan kerjasama berterusan daripada semua pihak agar tidak lebih berleluasa.
"Ia akan lalui proses besar untuk menghalang terus kartel namun kita sudah ambil langkah sekian lama dan pelbagai tindakan diambil kementerian kurangkan perkara ini dalam sektor agromakanan,” katanya lagi.
Eton Khir
Thu Jun 09 2022
![Kerajaan wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil agromakanan Kerajaan wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil agromakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654752421_TBMAFI.jpg)
Perasmian Pra-Pelancaran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia 2022 (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685083093_RAJABUAHdurian.jpg)
Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.
![Kerajaan wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil agromakanan Kerajaan wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil agromakanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654752421_TBMAFI.jpg)
Kerajaan wujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil agromakanan
Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak pusat pengumpulan hasil bagi sektor agromakanan negara.
![Banjir di Pantai Timur: Bagaimana anda boleh membantu? Banjir di Pantai Timur: Bagaimana anda boleh membantu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61419681311_295x200.jpg)
Banjir di Pantai Timur: Bagaimana anda boleh membantu?
Senarai pusat pengumpulan barangan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.