PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) dalam menggabungkan maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah di negara ini bagi memperkemaskan pelaksanaan subsidi bersasar.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.
“Hari ini kita buat keputusan agak penting iaitu menyedia dan menetapkan pembentukan Pangkalan Data Utama (PADU) isi rumah menggabungkan sebanyak mungkin maklumat sosio ekonomi bagi setiap isi rumah yang tentunya membantu kerajaan mengubal dasar dan mensasarkan subsidi.
“Ini terkait juga bila bincang soal subsidi. PADU ini diselenggara banyak oleh Jabatan Statisik mempunyai keupayaan, tetapi seperti mana kita tahu ada jabatan-jabatan lain menyelenggara secara berasingan.
“Kita beri mandat penuh kepada PADU untuk menyelaras dan mengambil alih tugas jabatan-jabatan atau agensi lain supaya ada satu agensi yang dapat merumuskan semua data ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat MTEN di Bangunan Putra Perdana di sini pada Isnin.
Tambah Anwar, menerusi PADU juga kerajaan dapat mengenal pasti ketirisan yang wujud sekali gus menambah baik pelaksanaan sistem subsidi kepada golongan sasaran.
“Itu seperti mana dirumuskan ahli MTEN tidak harus dijadikan kekangan, kerana dari sudut PADU masih suatu ketetapan kerana keperluan sistem data ini harus menyeluruh dan lebih penting tatkala kita menilai puluhan bilion ringgit wang diperuntukkan kepada orang miskin apakah sampai atau tidak.
“Kalau kita ikut data ini tentu akan membantu, kedua, kita bincang juga tentang pensasaran subsidi,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut ujar Anwar, data menunjukkan berlaku ketirisan subsidi diesel di negara ini dan memerlukan PADU dalam menyelesaikannya.
Fareez Azman
Mon May 15 2023
Anwar bercakap pada sidang media selepas mesyuarat MTEN di Bangunan Putra Perdana di sini pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.