KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin dapat mencapai unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 4.0-5.0 peratus bagi 2023 berikutan keadaan ekonomi domestik terus kekal rancak dengan banyak petunjuk memaparkan aliran yang sihat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi menyokong momentum pertumbuhan domestik, kerajaan akan mengekalkan dasar fiskal responsif selain mempercepat pelaksanaan projek serta merealisasikan pelaburan yang diluluskan.
Perdana Menteri berkata, dalam keadaan pasaran global yang mencabar, ekonomi Malaysia sebaliknya mampu berdaya tahan dan menganjak pertumbuhan.
"Kadar inflasi turun daripada 2.8 peratus pada Mei 2023 kepada 2.4 peratus pada Jun 2023 manakala pengangguran berjaya mencatat kadar terendah pasca pandemik iaitu 3.4 peratus pada Jun 2023 berbanding 3.5 peratus dalam bulan sebelumnya," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.
Menurut kementerian itu, inflasi domestik Malaysia pada Jun 2023 juga adalah rendah berbanding sesetengah ekonomi maju dan serantau lain seperti United Kingdom (7.9 peratus), Filipina (5.4 peratus), Singapura (4.5 peratus), Indonesia (3.5 peratus) serta Amerika Syarikat (3 peratus).
Permintaan domestik pula kekal memberangsangkan dan menyokong ekonomi Malaysia pada suku kedua 2023 dalam persekitaran dagangan global yang tepu.
KDNK suku kedua 2023 turut berkembang sebanyak 2.9 peratus dan menjadikan pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama tahun ini kepada 4.2 peratus dan sejajar dengan unjuran kerajaan 4.0-5.0 peratus bagi keseluruhan 2023, kata MOF.
Malah, permintaan domestik kekal ampuh pada suku kedua 2023 dengan mencatat peningkatan sebanyak 4.5 peratus manakala jumlah perdagangan luar Malaysia menguncup 11.3 peratus kepada RM643.4 bilion bagi tempoh itu.
"Perbelanjaan awam dan swasta menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi dengan kedua-dua sektor tersebut masing-masing meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 4.5 peratus.
"Dari sudut penawaran, perkembangan ekonomi Malaysia pada suku kedua 2023 ini disokong oleh peningkatan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan.
"Sektor pembinaan mencatat kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 6.2 peratus diikuti dengan sektor perkhidmatan (4.7 peratus) dan sektor pembuatan (0.1 peratus)," katanya.
Selain itu, MOF berkata permintaan luaran bagi tempoh separuh kedua 2023 dijangka terus terkesan akibat ketidaktentuan global.
Menurutnya, ini termasuk ketegangan situasi politik, gangguan dalam rantai bekalan yang berterusan, dasar monetari yang ketat untuk meredakan inflasi global serta prospek pertumbuhan ekonomi-ekonomi utama dengan kebanyakannya adalah rakan dagang Malaysia.
Dalam pada itu, MOF berkata sejajar dengan kerangka Ekonomi MADANI, kertas-kertas dasar iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2024 akan memperhalusi strategi-strategi serta langkah-langkah menstruktur semula ekonomi Malaysia serta menjamin pembangunan inklusif untuk rakyat.
"Aspek tumpuan adalah seperti menambah baik proses mengendalikan perniagaan, membawa pelaburan-pelaburan berkualiti bagi menjana pekerjaan berpendapatan lebih tinggi, memastikan tata kelola baik, memperkukuh perkhidmatan awam berkualiti serta prasarana lebih baik bagi meningkatkan mutu kehidupan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Perdana Menteri berkata, dalam keadaan pasaran global yang mencabar, ekonomi Malaysia sebaliknya mampu berdaya tahan dan menganjak pertumbuhan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Unjuran KDNK naik 6.5-7.5 peratus pada 2021 berdasarkan jangkaan ekonomi tahun depan
Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.