KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025 menerusi peluasan penggunaan 5G kepada perkhidmatan selain telekomunikasi, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata Digital Nasional Bhd telah merancang peluasan itu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengenal pasti industri yang memerlukan akses 5G, sekali gus dapat menyediakan negara ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan teknologi masa depan.
"Perkara yang perlu adalah untuk kita sediakan infrastruktur dan pastikan kos infra atau kos yang diperlukan untuk menggunakan teknologi baharu 5G itu adalah munasabah.
"Ini bagi meyakinkan dan menarik minat semua industri untuk lihat cara mereka boleh pastikan perniagaan mereka bersedia dari segi teknologi supaya boleh menggunakan teknologi baharu untuk meningkatkan prestasi perniagaan mereka," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) mengenai peluasan 5G merentas sektor lain selain telekomunikasi.
Gobind berkata penawaran perkhidmatan 5G selain daripada komunikasi dapat melonjakkan perkembangan industri negara.
"Usaha yang kita buat sekarang adalah memberi tumpuan kepada cara yang kita boleh memastikan setiap kawasan industri dalam negara ini mempunyai akses kepada 5G," katanya.
Menjawab soalan Rushdan mengenai usaha Kementerian Digital dan DNB dalam mempromosikan 5G di kawasan luar bandar, Gobind berkata 54 peratus daripada keseluruhan tapak rangkaian 5G telah dibangunkan di kawasan separa bandar dan luar bandar.
"Setakat penghujung Mei 2024, liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara telah mencapai 81.7 peratus," katanya.
Setakat April tahun ini, terdapat kira-kira 13 juta pelanggan perkhidmatan talian 5G di seluruh negara dengan kadar penembusan sebanyak 39.2 peratus, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.- Foto Bernama

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.