KUALA LUMPUR: UMNO didakwa berada di ambang kehancuran selepas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecat Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar serta menggantung beberapa ahli lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib berkata, kerakusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah Malaysia sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO.
Beliau berkata, ada pihak berpandangan bahawa Ahmad Zahid mempunyai agenda tersembunyi untuk menggabungkan UMNO dan PKR sebagai satu parti.
"Cara untuk perkahwinan ini berjaya ialah memecat atau menggantung ahli UMNO yang pada hemah Ahmad Zahid akan menjadi duri dalam daging," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mesyuarat MKT semalam memutuskan memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan bekas ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
Turut dipecat, lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari negeri Pahang.
Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN), dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15.
Mengulas lanjut, Kartini berkata, ada juga pandangan yang mengandaikan pembersihan dalaman UMNO adalah untuk menghidupkan semula parti menjadi lebih kuat, ibarat burung phoenix yang harus mati dahulu sebelum dibangkitkan semula (resurrection).
Bagaimanapun, kata beliau, pandangan itu boleh dibahaskan secara moral.
"Apa pun motif Ahmad Zahid, tindakan beliau memecat KJ, Noh Omar, menggantung Hishammuddin dan beberapa pemimpin lain tidak dihargai ahli UMNO dan orang Melayu.
"UMNO akan terus ditolak dan PRN negeri akan menentukan masa depan UMNO yang kelihatan hitam gelap di hadapan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditanya berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu enggan memberi sebarang komen, namun akan menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.
BACA: Pembersihan UMNO: 'Tunggu saya jawab' - Ahmad Zahid
BACA: Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
BACA: Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Astro Awani
Sat Jan 28 2023

Kartini Aboo berkata, kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai presiden yang menghancurkan UMNO. -Gambar fail/UKM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRN: Ahmad Zahid perlu berundur jika UMNO kalah - Penganalisis
Kartini berpandangan PH-Barisan Nasional (BN) kemungkinan berdepan kesukaran untuk menang di dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan, yang dianggap sebagai 'the Malays belt'.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

Jawatankuasa Pilihan Khas perlu diberi tumpuan dalam perbahasan Parlimen - Penganalisis
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah antara tujuh Tawaran Transformasi dan Pentadbiran Kerajaan yang perlu diberi tumpuan utama.

Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.

Pandangan parti tidak membolehkan Parlimen terbubar - Penganalisis
Pandangan parti tidak membolehkan Parlimen terbubar kerana ia mewakili parti, bukannya Ahli Parlimen.

Politik Perak: Tiada penjajaran jelas PN-MN antara punca kemelut politik Perak - Pakar
Tiada penjajaran yang jelas diantara Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) dilihat antara punca kemelut politik terus berlarutan di negeri Perak.