PETALING JAYA: Teruja kononnya akan mendapat RM80,000 hasil 'jualan' duit syiling lama, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di Damansara terpaksa berputih mata apabila hangus RM5,250 ditipu sindiket penipuan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pelajar itu mendakwa menerima mesej menerusi Instagram daripada seorang suspek warga asing yang menawarkan RM80,000 untuk membeli lapan keping wang syiling lama tanpa mengira mata wang.
Katanya, suspek kemudian kononnya bersetuju untuk memasukkan sejumlah wang RM80,000 ke dalam akaun mangsa sebaik sahaja pelajar itu menunjukkan wang syiling lama yang dimilikinya menerusi aplikasi WhatsApp.
Beliau memberitahu, mangsa turut memberikan nombor akaunnya kepada suspek bagi 'urus niaga' itu.
"Pada awalnya, suspek yang mendakwa telah memasukkan wang tersebut, meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM800 sebagai caj transaksi, namun demikian mangsa hanya memasukkan RM100 ke dalam akaun seorang lelaki tempatan dipercayai keldai akaun, atas alasan tidak mempunyai wang sebanyak itu.
"Tidak puas hati dengan jumlah yang dimasukkan, suspek sering kali menghubungi mangsa dan memaksanya memasukkan lagi wang dengan alasan mangsa akan menerima RM80,000," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut Nik Ezanee berkata, terpedaya dengan kata-kata suspek, mangsa yang berusia 18 tahun itu melakukan memasukkan RM5,250 menerusi tujuh transaksi ke dalam akaun yang diberikan suspek.
Beliau memberitahu, mangsa hanya menyedari dirinya tertipu apabila suspek tidak meminta wang syiling daripadanya.
Dia kemudian bertindak membuat laporan polis pada 1 Mac lalu.
Nik Ezanee menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan jual beli supaya tidak mudah tertipu dengan pelbagai muslihat licik penjenayah.
"Tiada urus niaga mudah dalam talian yang boleh membawa keuntungan yang berlipat kali ganda kepada kita," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Tue Mar 09 2021

Nik Ezanee menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam urusan jual beli supaya tidak mudah tertipu dengan pelbagai muslihat licik penjenayah. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.

Tatacara jualan dalam talian untuk barang kawalan, subsidi diperketat
Tatacara jualan dalam talian khususnya membabitkan barang kawalan dan bersubsidi akan diperketat bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.

Nakseni bantu pamer, jual lukisan karya golongan OKU
Beri nilai tambah kepada cabang perniagaan OKU supaya mereka tidak bergantung kepada hasil jualan lukisan secara fizikal sahaja.

Kerana duit lama, pelajar kerugian RM5,250
Teruja kononnya akan mendapat RM80,000 hasil 'jualan' duit syiling lama, seorang pelajar IPT swasta terpaksa berputih mata apabila hangus RM5,250 ditipu sindiket penipuan.

Normal baharu: Pengusaha tanaman nanas jual dalam talian ketika PKP
Nanas dan sambutan Aidilfitri sememangnya tidak dapat dipisahkan memandangkan ia bahan utama untuk menghasilkan beberapa jenis kuih-muih apabila perayaan itu tiba.

Penjawat awam rugi RM5,000 ditipu jual beli mini traktor
Mangsa melihat iklan menjual mini traktor di laman web berkenaan berjenama Iseki pada harga RM6,500.

Tindakan tegas aktiviti jual hidupan liar dalam talian
Kerajaan Sabah memandang serius aktiviti penjualan hidupan liar termasuk daging haiwan itu secara haram menggunakan platform media sosial dan laman sesawang.